Motosikal

DUCATI DIAVEL 2015 – RM109,888

Pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) mengujakan para peminatnya apabila memperkenalkan model Diavel.

ducati-diavel-mekanika (4)

Pengenalan oleh dua orang pelumba pasukan Ducati Corse MotoGP itu dibuat sempena pelancaran rasmi Asia Ducati Week baru-baru ini.

ducati-diavel-mekanika (6)

Diavel generasi kedua ini tampil maskulin dengan tayar belakang yang besar dan bar hendal sedikit ke belakang. Jentera sport cruiser ini menerima beberapa penambahbaikan yang tidak ketara. Antaranya termasuklah enjin Testastretta 11° Dual Spark (DS) bersesaran 1,198cc dan sistem ekszos yang telah diubahsuai.

SONY DSC

Enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 162hp. Kuasa itu kemudian dipadankan dengan pelbagai teknologi tercanggih Ducati demi menawarkan kepuasan tunggangan kepada pemiliknya.

Ducati-diavel-mekanika (10)

Apa yang pasti, Diavel menawarkan prestasi dinamik seperti sebuah superbike, pecutan mengagumkan dan pengendalian yang lincah.

Ducati-diavel-mekanika (9)

“Diavel memainkan peranan penting dalam rangkaian model Ducati di Malaysia. Model 2015 ini dijangka mampu menarik minat orang ramai, ketika kami terus berusaha untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi premium,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

ducati-diavel-mekanika (7)

Diavel ditawarkan pada harga RM109,888. Sementara model Ducati Diavel Carbon pula berharga RM126,888 seunit.
[hr]GALERI

Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (1)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (2)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (3)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (4)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (5)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (6)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (7)Ducati-Diavel-Carbon-mekanika (8)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button