Buletin

TOYOTA COROLLA EDISI 50 TAHUN

Toyota Corolla yang pertama dihasilkan di Jepun pada 1966. Dua tahun kemudian model itu mula dieksport ke Amerika Syarikat.  Sehingga kini Toyota telah menjual 43 juta unit Corolla.

toyota-corolla-50th-anniversary-mekanika (2)

Pada  acara New York Auto Show 2016, pihak Toyota memperkenalkan  Toyota Corolla 50th Anniversary Special Edition.

Model itu berasaskan Corolla SE terkini. Corolla 2017 itu menerima kemasan rim aloi 17-inci dua tona dan lampu hadapan LED.

toyota-corolla-50th-anniversary-mekanika (4)

Kebanyakan peningkatan boleh ditemui pada bahagian kabin. Ini termasuklah skrin sentuh 7-inci, paparan instrumen 4.2 inci, Entune Audio Plus dan upholsteri hitam bersama kemasan merah.

Tidak ketinggalan, pelapik kaki dan lencana luaran 50th Anniversary Edition. Model sedan pertengahan itu turut dilengkapi dengan moonroof.

toyota-corolla-50th-anniversary-mekanika (5)

Corolla ini disempurnakan lagi dengan  Toyota Safety Sense-P merangkumi  Pre-collision System dengan Pedestrian Detection Function, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert dengan Steering Assist Function dan Automatic High Beam.

Model berkenaan hanya dikeluarkan sebanyak 8,000 unit pada musim luruh ini di Amerika Syarikat.

toyota-corolla-50th-anniversary-mekanika (1)

Pelanggan boleh memilih tiga warna badan yang eksklusif iaitu Black Cherry, Classic Silver, Blizzard Pearl.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button