Artikel Pilihan

SIAPA YANG TELAH HAPUSKAN BUTANG KAWALAN – BIJAK KE LANGKAH INI SEBENARNYA?

Artikel ini dipetik daripada web roadnadtrack.com dan persoalannya memang menarik untuk difikirkan sambil tunggu waktu berbuka. Percaya atau tidak kereta-kereta baharu masa kini semakin didominasi oleh skrin paparan dan bukan lagi butang kawalan yang kononnya untuk memudahkan kita.

Sebenarnya komplen pasal isu ini memang kerap didengar tapi entah kenapa ia memang macam tidak dilayan oleh pengeluar kereta. Kalau difikirkan memang zaman kereta EV ini kawalan bukan lagi perkara pokok tapi lebih kepada kejuruteraan perisian.

Majoriti tidak sukakan fungsi skrin sesentuh ni kecuali budak-budak dan mak ayah budak yang suka tengok video tiktok merapu (kami rasa la). Jadi kalau dah ramai tak suka, siapa yang memandai-mandai menghapuskan butang kawalan ni?

Ingat tak dulu kita boleh kuatkan suara radio, melaras kawalan suhu penyaman udara dan mengawal macam-macam fungsi dengan tombol dan butang sahaja tanpa mengalih pandangan semasa memandu. Kini boleh ke buat macam tu?

Menurut sumber yang arif dengan trend permotoran dan disetujui oleh kami sepenuhnya, trend ini dimulakan oleh BMW dan kemudian dipopularkan oleh Tesla. Ya, siapa lagi kalau bukan Mas Elon yang suka mengikut kata hatinya sendiri. Kalau tak takkan la beliau boleh  berjaya di dunia ni. Chewah. Siap nak bawa sesiapa yang mampu melancong ke Marikh lagi.

Saspek pertama: BMW

Ia bermula dengan pengenalan BMW E65 7 Series. Korang kecik lagi masa tu tapi itulah pertama kali tombol kawalan untuk skrin diperkenalkan dan BMW menamakannya iDrive. Ia mengawal fungsi navigasi, sistem pemanas, komunikasi dan macam-macam lagi. Masa itu kesemua peminat dunia automotif memang kagum habis la.

Banyak butang kawalan dihapuskan dengan pengenalan iDrive dan pelbagai menu kawalan dipaparkan pada skrin. Ia memang satu penyelesaian bijak untuk kereta mewah pada masa itu yang mempunyai lambakan ciri yang hampir mustahil untuk dikawal dengan sejumlah besar butang kawalan.

Masalah selepas lebih 20 tahun ia menjadi masalah kerana kebanyakan kereta dan bertukar menjadi gajet. Bayangkan kini Honda Civic dah menjadi lagi canggih dari BMW satu ketika dahulu. Segala aspek kehidupan kita dihubungkan dengan kereta dan lepas ni siap ada bil langganan lagi kau. Pergh, dah macam astro bhai.

Saspek kedua: Tesla

Kita kena ingat yang Tesla ini adalah sebuah syarikat teknologi ibarat Apple dalam dunia automotif. Bila mereka membangunkan Model S, mereka mahu ia menjelma sebagai iPhone dalam bentuk kereta. Sama seperti Apple mereka telah menghapuskan sebanyak mungkin butang dan suis kawalan tradisi.

Itu belum campur segala macam perisian yang memang tidak pernah diperlukan selama ini. Memudahkan tapi pada masa yang sama melemahkan psikomotor manusia. Ye lah, macam kanak-kanak yang didedahkan dengan telefon pintar dari kecil, bila masa mereka nak gerakkan otot empat kerat.

Saspek ketiga: Kamera sokongan

Bunyi macam aneh tapi menurut seorang pakar ia turut menyokong kepada penghapusan etnik butang kawalan dalam kereta. Dah namanya kamera mesti perlukan skrin paparan. Alang-alang ada skrin paparan baik ditambah dengan fungsi lain sekali. Tak gitu?

Punyalah bergantung dengan kamera sampaikan ada kawan abang yang langgar tiang sebab mengundur dalam hujan. Ye la, kamera tu bukan ada wiper masa hujan. Kalau dulu kita toleh belakang ataupun tengok cermin pandang belakang kan? Sekarang semua tu dah kuno kot? Motor pun banyak dah cabut buang cermin tu.

Tapi kan, ada satu syarikat yang berani melawan semua itu walaupun tidak seratus peratus. Ya, Mazda dengan beraninya menyuruh pemandu menggunakan tombol pusingan untuk kawalan. Yeah.

Cukup la tiga saspek tu. Yang lain korang fikirlah sendiri. Nanti kita bincangkan sama-sama lepas berbuka.

Google ads
Back to top button