Buletin

HONG LEONG YAMAHA MOTOR LANCAR KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA BALIK KAMPUNG KE-25

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bekerjasama dengan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) untuk Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-25.

Kempen dimulakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sebelum perjalanan kempen diteruskan ke tiga universiti tempatan terkemuka lain (Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Utara Malaysia) dan lebih 200 pengedar Yamaha sehingga 19 April 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries (HLI) Bhd, Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei berkata, “Di HLI, kami mengutamakan keselamatan produk dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung HLYM adalah teras kepada tanggungjawab sosial kami.

“Pada masa yang sama, sebagai pengeluar motosikal, kami mempunyai peranan utama dalam mempromosikan kesedaran menunggang dengan selamat di dalam komuniti kita,”

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung merupakan kempen keselamatan jalan raya tahunan paling lama dijalankan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, terutamanya semasa musim perayaan.  

Antara penekanan utama kempen ialah kepentingan penyelenggaraan kenderaan, mematuhi had laju serta menunggang dengan teknik selamat.

Selain itu, kempen itu turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti kursus tunggangan selamat, uji tunggang dan pemeriksaan motosikal percuma.

Sorotan lain termasuklah lebih 200 pusat Yamaha Quality Service (YQS) menawarkan servis motosikal secara percuma kepada 48 pelanggan pertama setiap hari.

Pelanggan yang menghantar motosikal mereka untuk perkhidmatan percuma ini akan berpeluang menyertai peraduan cabutan bertuah dan membawa pulang hadiah utama iaitu Yamaha EZ115.

Google ads
Back to top button