Artikel Pilihan

SKRIN SESENTUH MUNGKIN MEMBUNUH ANDA TAPI BUTANG KAWALAN TIDAK – PENDAPAT PAKAR

Rasanya semua dah tahu yang memandu sambil menaip teks mesej memang sangat bahaya. Dah ramai yang tersungkur cium bontot kenderaan hadapan ataupun terbabas tapi masih ramai yang berdegil. Terbaru pendapat pakat menyatakan yang sistem infotainment yang kompleks juga sangat merbahaya dan mungkin mengakibatkan kemalangan maut.

Kini penggubal undang-undang dan pengeluar kenderaan sedang berusaha keras untuk menetapkan kawalan mana yang perlu dilakukan secara fizikal dan yang mana boleh diintegrasikan dengan selamat ke dalam skrin sesentuh.

Satu perkara yang pasti, hampir kesemua kajian baharu menyatakan kegagalan menumpukan perhatian kepada pemanduan adalah lebih merbahaya. NHTSA kini mendakwa menaip teks mesej sambil memandu adalah enam kali lebih merbahaya berbanding memandu dalam keadaan mabuk. Kehilangan fokus akan memperlahankan reaksi anda. Dan jika tidak bernasib baik, sebaik anda melihat kembali ke depan, ia sudah pun terlambat.

Kajian yang dilakukan oleh National Academy of Science mendapati kehilangan fokus semasa memandu kini menjadi ancaman baharu. Macam mana ‘selamat’ pun sesebuah kereta moden masih belum menjamin peningkatan angka kematian pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Peliknya walaupun statistic menunjukkan peningkatan kemalangan akibat penggunaan skrin sesentuh yang berlebihan, pengeluar masih menyumbatkan segala jenis fungsi kawalan ke dalam fungsi sesentuh.

Sebenarnya tak pelik pun sebab ia lagi menjimatkan kos berbanding mereka dan menghasilkan sistem pendawaian untuk butang dan alat kawalan fizikal. Semua ni pasal kos boh. Digitalisasi tu nombor dua.

Pakar-pakar Eropah merupakan antara yang pertama bereaksi terhadap masalah ini. Bayangkan betapa mudah mengawal sistem audio dan penyaman udara dengan suis fizikal. Tak payah susah-susah nak toleh ke skrin dan anda boleh kekal memerhati keadaan jalan raya di hadapan anda.

Dengan skrin sesentuh? Kejap-kejap toleh nak kuatkan pembesar suara, kejap-kejap toleh nak tukar syesen radio bila dengar DJ perempuan mengilai macam pontianak tersilap potong kuku sampai kena isi kulit.

Terbaru Euro NCAP bertegas tidak akan beri penarafan keselamatan lima bintang pada mana-mana model baharu yang tidak mempunyai, butang, suis ataupun tuil kawalan fizikal. Bijok la tuan-tuan semua. Ingat canggih sangat ke sampai nak kawal signal membelok pakai niat?

Google ads
Back to top button