Buletin

SIARAN PERLUMBAAN VIOS CHALLENGE DALAM TALIAN CATAT LEBIH DUA JUTA TONTONAN!

Selepas tertangguh selama setahun akibat pandemik COVID-19, lebih 2 juta penonton melepaskan gian dengan menonton perlumbaan Vios Challenge sempena Festival TOYOTA GAZOO Racing yang didadakan secara tertutup di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu. 

Diadakan pertama kali tanpa kehadiran penonton atas alasan keselamatan, siaran secara langsung tetap mampu menawarkan aksi menarik di dalam dan di luar litar. Seperti sebelumnya, perlumbaan dibahagikan kepada empat kategori yang melibatkan pelumba profesional, amatur, pelumba muda dan selebriti. 

Kemeriahan Festival TGR disemarakkan lagi dengan program hiburan yang diadakan khas buat peminat.

“Cabaran paling besar adalah untuk mengkalkan penganjuran Festival TOYOTA GAZOO Racing yang penuh tenaga dan keterujaan sejak tiga musim lalu. 

“Ya, memang banyak sekali kekangan yang perlku kita lalui ketika negara dalam fasa pemulihan daripada wabak COVID-19. Namun, kami tetap bersyukur kerana aktiviti sukan bermotor masih boleh diteruskan, walapun terpaksa mematuhi SOP yang ketat,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

SUPER SPORTING CLASS 

Drama dan keputusan kembali dicatat oleh pelumba profesional, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel yang berjaya menctat dua kemenangan berturut-turut. 

Bermula di kedudukan keenam, Tengku Djan menunggu masa terbaik untuk menyerang, sekali gus menafikan kemenangan juara musim kedua Super Sporting Class, Boy Wong yang kembali ke podium selepas hilang buat seketika. 

Sementara pelumba daripada pasukan Laser Motor Racing, Mark Darwin terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. 

“Perlumbaan memang sangat bergantung kepada cuaca. Ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah tayar. Ini satu perlumbaan yang panjang melibatkan 20 pusingan. Jadi pelumba perlu bijak menguruskan tayar dan jentera masing-masing,” kata Tengku Djan.

ROOKIE CLASS

Naquib Azlan turut mencatat kemenangan berganda di hadapan Jwan Hii dan Amer Hares yang membuat penampilan kedua di podium. Persaingan untuk merebut gelaran juara berukar beberapa kali, termasuklah Mika Hakimi yang cuba untuk berada di podium. 

“Perlumbaan simulator membantu saya untuk bersedia sebelum berlumba di liyat sebenar. Dengan bantuan jurulatih berpengalaman dan data yang disediakan oleh jurutera dalam Program Pembangunan Pelumba Muda GAZOO Racing, saya banyak belajar tentang pemanduan sendiri. Saya mahu terus belajar dan melangkah lebih jauh,” kata Naquib. 

SPORTING CLASS

Mencatat kemenangan ledua dalam Sporting Class sejak menyertainya musim lalu, Haji Sutan Mustaffa Salihin memulakan perlumbaan dengan baik apabila memimpin saingan sejak awal hngga akhir. Kemenangan yang dicatat agak selesa dengan 4.4 saat di hadapan Eric Yong dan Adam Khalid yang berada di tempat kedua dan ketiga. 

Sutan mengakui perlu berusaha keras untuk meningkatkan tahap stamina dan kekuatan badannya. 

“Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan berat badan saya naik sehingga 80kg. Ini memang memberi cabaran apatah lagi saya perlu bersaing dengan pelumba yang jauh lebih muda. Saya tahu perlu lakukan sesuatu dan mula bersenam serta jaga makan. 

“Akhirnya, saya berjaya mengurangkan berat sebanyak 15kg dan ia menjadi motivasi yang cukup kuat buat diri saya,” kata pelumba veteran berusia 45 tahun itu. 

PROMOTIONAL CLASS 

Persaingan dalam kelompok selebriti menyaksikan pelakon Zizan Razak menjadi hero yang tidak dijangka apabila memenangi dua perlumbaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Toyota dan semua rakan dalam kejohanan ini. Saya dapat kawan dan pengalaman baru. Perlumbaan pada hujung minggu ini memang sangat menarik kerana berpeluang berlumba dalam keadaan basah dan kering,” kata Zizan. 

Tempat kedua dihuni oleh penyanyi Khai Bahar, manakala peserta baharu yang juga penyampai TV, Ahirene Ahirudin di posisi ketiga. 

GALERI

Google ads
Back to top button