Motosikal

DIDAKWA SERING BONCENG PEREMPUAN LAIN, MOTOSIKAL ROSAK TERUK DIPUKUL DENGAN KAYU

Didakwa sering membonceng perempuan lain, sebuah motosikal rosak teruk akibat dipukul dengan kayu oleh seorang wanita. 

Klip video yang viral itu dikongsi oleh akaun Instagram @makassar_info baru-baru ini. Video tersebut jelas menunjukkan seorang wanita memegang sebatang kayu sebelum menghayunkannya ke atas sebuah motosikal berwarna hitam. 

Kejadian itu berlaku di satu kawasan lapang yang tidak dapat dipastikan lokasi tepatnya. 

Selepas dipukul beberapa kali, bahagian hadapan motor berkenaan mengalami kerosakan teruk. Malah, nombor plat pun tercabut. Selepas puas melepaskan geram, wanita tersebut meninggalkan motosikal milik kekasihnya (atau suami) begitu sahaja. 

Tak pasal-pasal motor itu yang menjadi mangsa. Itulah, korang jangan buat main dengan wanita yang sedang marah. Abam tolong pesan jer ni.  

Google ads
Back to top button