Buletin

SIMON COWELL HAMPIR LUMPUH. PATAH TULANG BELAKANG JATUH BASIKAL ELEKTRIK

Simon Cowell yang terkenal dengan sifat ‘cakap lepas’ ketika menjadi juri program-program realiti bernasib baik tidak lumpuh apabila terjatuh dari basikal eletrik baharunya di Malibu, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, Cowell mengalami patah tulang belakang dan menjalani pembedahan selama hampir enam jam termasuk memasukkan besi di bahagian belakangnya.

Menurut sumber, beliau terjatuh ketika mencuba basikal elektrik baharu di rumahnya. Ketika kejadian Cowell bersama anaknya.

Doktor memberitahu mogul TV itu bernasib baik kerana tidak lumpuh akibat kecederaan tersebut.

“Sekiranya, kecederaan melibatkan saraf tunjang, beliau mungkin menjalani kehidupan menggunakan kerusi roda. Ia hanya 1 cm daripada terkena saraf tunjang.

“Bagaimanapun, terima kasih kepada doktor, Cowell akan dapat pulih semula dengan pengawasan rapi. Kita akan pantau beberapa minggu keadaannya,” kata sumber tersebut. – agensi  

Google ads
Back to top button