Artikel Pilihan

DAIHATSU TAFT – NGAM KE TAK MINI SUV NI?

Sebut pasal Daihatsu, rasanya semua orang bersetuju dengan satu perkara. Mereka sememangnya pakar membuat kereta kecil / kei car. Daripada untuk kegunaan hantar anak pergi sekolah, mahu pun untuk pergi berlibur taman tema waima untuk membawa barangan dagangan pun mereka mampu menghasilkan kenderaa bersaiz kompak.

Dan model yang BK kongsikan ini adalah merupakan model Daihatsu yang baharu juga, Taft. Ianya mula diperkenalkan sewaktu TAS 2020 awal tahun yang lalu sebagai model prototaip. Dan sekitar Jun yang lalu, versi produksi massa mula membuat kemunculan. Plat nama Taft ini sebenarnya dihidupkan semula oleh Daihatsu setelah model awalnya, merupakan nama lain bagi model Daihatsu Feroza.

Daihatsu Taft serba baharu ini dibangunkan berdasar pelantar Daihatsu New Global Architecture (DGNA) yang menggantikan model Daihatsu Cast. Jikalau Daihatsu Cast itu kelihatan sedikit comel dan rugged, tapi Daihatsu Taft ini sememangnya kelihatan benar benar rugged dan bergaya. Tampil dengan gaya sebuah SUV, tapi versi lebih kecil lah kan.

Paling ketara, rekaan muka hadapan Daihatsu Taft ini mengingatkan kita tentang sebuah model SUV gaya Amerika dengan rekaan berkotak. Bahagian body cladding yang berkotak dan bersegi itu turut disimetrikan bagi menampilkan sebuah imej yang nampak kelihatan rugged dan sasa.

Bahagian kabin Daihatsu Taft ini menampilkan rekaan serupa juga. Berkotak dan bersegi, sinonim dengan rekaan di bahagian luar. Jenis buat papan pemuka guna ukuran pakai pembaris semata. Tapi ianya masih nampak luas, walaupun diameter lebar hanyalah 1,475 meter sahaja. Terima kasih kepada cermin suria yang meliputi sebahagian besar bumbung di barisan hadapan. Paling penting, tombol gear turut diletakkan di bahagian papan pemuka bagi memberikan keluasan maksimum di bahagian. Dan sistem infohiburan dengan skrin sesentuh bersaiz 9 inci itu barangkali kelihatan sedikit besar jika dibandingkan dengan saiz kenderaan yang kompak.

Berada dalam ruang bay enjin sudah tentulah enjin yang bersesaran 600 cc sahaja, dengan pilihan pendesak turbo atau pun NA. Kedua dua pilihan enjin dipadankan dengan kotak gear auto CVT. Dan varian 4WD turut ditawarkan sebagai pilihan kepada pembeli. Masalahnya, pakai 4WD pun bukannya masuk hutan pun kan.

Daihatsu Taft ini sudah boleh dibeli oleh rakyat Jepun dengan harga permulaan 1,353,000 Yen (RM53,673) untuk varian paling asas dan 1,732,500 Yen (RM68,728) untuk varian tertinggi. Walau pun nampak macam angan – angan tak sudah, tapi alangkah girangnya hati jikalau Perodua mahu rebadge model Taft ini kan?

BACA : DAIHATSU YRV – MINI MPV UNIK DENGAN PENDESAK TURBO

BACA : DAIHATSU PAMER 11 MODEL DI TAS 2017

Google ads
Back to top button