
VINFAST DEDAH VF 3 – HANYA UNTUK PASARAN VIETNAM, BERPOTENSI JADI KERETA NASIONAL
VinFast baru-baru ini melancarkan ‘kereta mini’ elektrik yang digelar sebagai VinFast VF 3. Model ini bagaimanapun, hanya tersedia untuk pasaran Vietnam.
VF 3 mempunyai ukuran sepanjang 3,114mm atau 64mm lebih panjang berbanding Mini asal.
VinFast masih belum mendedahkan banyak spesifikasi lain, tetapi ia mengatakan bahawa VF 3 akan dilengkapi rim 16-inci.

Walaupun pembuat kereta Vietnam itu mengatakan bahawa SUV mini itu dikuasakan oleh motor elektrik dan bateri, ia tidak menyatakan secara terperinci tentang kuasa.
VinFast dalam satu kenyataan, menyatakan model ini menawarkan jarak perjalanan mengagumkan, memenuhi keperluan serta sesuai dengan penggunaan harian pemandu di Vietnam.

Untuk rekod, VinFast VF 3 tiba dalam dua varian iaitu Eco dan Plus. VinFast turut menjanjikan ia bakal menjadi kenderaan mampu milik bagi kalangan pengguna Vietnam termasuk berpotensi menjadi ‘kenderaan nasional’ baharu bagi rakyat di sana.
Menurut VinFast, VF 3 boleh mula ditempah seawal September 2023 dengan penghantaran pertama dijangka dilakukan pada suku ketiga 2024.
- BACA: VINFAST PANGGIL SEMULA 999 UNIT VF8 DI AS, MASALAH SKRIN PAPAN PEMUKA
- BACA: VINFAST VF8 DIKRITIK TERUK SEMASA PANDU UJI, DIKRITIK DAN DIKUTUK SECARA TERBUKA
- BACA: VINFAST PERKENALKAN EV MAMPU MILIK, VF 5 PLUS, HARGA RM102K – NAK LAWAN JENAMA CHINA DI VIETNAM
- BACA: VINFAST VF8 DAN VF9 MENGECEWAKAN. TIDAK POWER, MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK PASARAN AMERIKA