
PECAH AMANAH, TAIKUN SUPERCAR VIETNAM DITAHAN POLIS
Seorang pengedar dan pengumpul supercar atau kereta mewah, Phan Cong Khanh, baru-baru ini ditahan polis atas dakwaan pecah amanah.
Kisah inspirasi Cong Khanh pernah meraih sorotan orang ramai apabila menjadi taikun supercar di Vietnam setelah bersara daripada pasukan bola tampar profesional.

Bermula dengan hidup susah, dia membuka perniagaan supercar selepas menjual semula motosikal terpakai.
Cong Khanh membeli kereta pertamanya, Ford Mustang pada akhir 2016 dan membeli kereta kedua, Audi R8 model 2009, setahun kemudian sebelum menyimpan koleksi beberapa kereta super terkenalnya.
Perniagaannya mula berkembang dengan lebih pesat sejak tiga tahun lalu semasa dia mula mengimport beberapa supercar seperti Rolls-Royce, Ferrari, Lamborghini, dan Porsche. – Kosmo Online