TREND BAHARU PENYAMUN. MULA SASAR BATERI SKUTER ELEKTRIK DI ITALI
Dunia automotif semakin berkembang maju dalam melestari penggunaan elektrik.
Mungkin ramai beranggapan kenderaan elektrik (EV) terutama motosikal EV sukar menjadi ‘mangsa’ kes-kes kecurian.
Bagaimanapun, anggapan tersebut meleset sama sekali di Itali.
Ia berikutan terdapat trend baharu, menyaksikan bateri kenderaan dua roda elektrik menjadi sasaran pencuri.
Terbaharu, sebanyak 12 orang ditangkap pihak berkuasa di Milan, Itali kerana mencuri bateri skuter elektrik.
Bateri-bateri skuter terbabit dipisahkan terlebih dahulu dan dijual pada pasaran gelap atau untuk pasaran terpakai kepada para pembeli yang gagal mencari bateri ganti untuk kenderaan mereka.
Begitupun, mencuri pek bateri daripada kenderaan dua roda elektrik agak rumit.
Ia kerana kebanyakkan pek bateri semasa termasuk pengekodan dan antara muka perisian disediakan pihak pengilang.
Justeru, trend terbaharu itu memerlukan organisasi jenayah yang sangat maju dan serba lengkap untuk melakukan kecurian berkenaan sekali gus memberi petanda terdapat modus operandi baharu melaksanakan jenayah terancang.
Pada tahun 2020 dan 2021, dijangka sebanyak 700 pek bateri telah dicuri.
Dalam pada itu, salah satu firma perkongsian skuter di Milan, City Scoot melaporkan insiden kecurian bateri amat tinggi pada tahun 2020.
Secara keseluruhan, firma terbabit melaporkan kira-kira 600 bateri hilang dianggarkan bernilai 600,000 euro (RM2.8 juta). – rideapart
- BACA: BARQ DEDAH RENA MAX. SKUTER ELEKTRIK KHAS UNTUK PENGHANTARAN
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER ELEKTRIK NEO’S DI EROPAH. 37KM SEKALI CAJ, BOLEH TUKAR BATERI, BERMULA RM14K
- BACA: YAMAHA DEBUT SKUTER ELEKTRIK EMF DI PASARAN TAIWAN. HARGA BERMULA RM15,000 SEUNIT
- BACA: ONE MOTO ELECTA SKUTER ELEKTRIK REKAAN KLASIK. ‘KEMBAR’ VESPA?