Motosikal

YAMAHA DEBUT SKUTER ELEKTRIK EMF DI PASARAN TAIWAN. HARGA BERMULA RM15,000 SEUNIT

Yamaha memperkenalkan skuter elektrik EMF di pasaran Taiwan hasil kerjasama bersama Gogoro.

Skuter elektrik berkenaan dijual pada harga pengenalan AS$3,611 (RM15,122).

Ia didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu biru (Light Blue), hijau (Dark Green) dan hitam.

Yamaha EMF memliki berat 114 kg dengan ketinggian tempat duduk 785 mm menampilkan rekaan moden dan agresif dipadankan ciri-ciri terkini.

Skuter terbaharu itu dilengkapi kluster instrumen LED, pilihan mod kuasa, lampu projector LED, kunci pintar, gabungan sistem brek, ruang simpanan dan rim aloi 10 inci.

Ia didatangkan bateri boleh ditukar Gogoro yang merupakan pengeluar kenderaan dua roda elektrik terbesar di negara terbabit.

Bateri berkenaan mampu menjana kuasa 7.6 kW bersamaan 10 hp yang boleh memecut 0-50 km/j dalam tempoh 3.5 saat. –rideapart

Google ads
Back to top button