Buletin

SMART #1 DILANCARKAN SECARA RASMI 21 NOVEMBER INI, DISIARKAN DI FACEBOOK RASMI SMART MALAYSIA

Selepas memperkenalkan model smart #1, smart Malaysia kini bersedia untuk melancarkan model SUV elektrik premium terbaharunya.

Untuk pengalaman lebih mengujakan, smart Malaysia menjemput orang ramai untuk merasai teknologi terkini, reka bentuk premium, dan keterhubungan yang sempurna pada model SUV premium unik ini.

Anda boleh menonton siaran langsung acara pelancaran smart #1 pada jam 4:00 petang, Selasa, 21 November 2023 menerusi akaun Facebook rasmi, smart Malaysia.

Pastikan anda RSVP dengan mengklik ‘Berminat’ di halaman acara, dan nantikan kemas kini yang menarik.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengetahui harga rasmi serta ciri eksklusif kenderaan elektrik smart #1.

Pastikan anda mengikuti smart Malaysia untuk memulakan perjalanan yang akan mentakrifkan semula gaya hidup anda!

Google ads
Back to top button