Buletin

STELLANTIS BERI AMARAN INDUSTRI AUTOMOTIF LUMPUH JIKA HARGA EV TIDAK TURUN

Larangan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman mungkin sekali mampu menyelamatkan bumi, namun ia dilihat bakal memberikan kesan yang teruk kepada industri automotif.

Menurut seorang tokoh dari Stellantis berkata, kesan itu mungkin dapat dielakkan dengan menurunkan kos pembuatan kenderaan elektrik.

Semenjak dunia mula beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik, pengeluar automotif sudah berusaha untuk menurunkan harga kos untuk kenderaan sifar emisi tersebut yang jauh lebih mahal berbanding kenderaan konvensional.

Usaha tersebut nampaknya gagal disebabkan oleh peningkatan harga bahan mentah untuk pembuatan bateri, dan dalam masa yang sama sesetengah negara mula mengurangkan subsidi yang ditawarkan untuk pembeli EV.

Menurut laporan Bloomberg, ketua pegawai pengilangan Stellantis Arnaud Deboeuf berkata, sekiranya pengeluar tidak dapat menurunkan kos EV, pasaran automotif bakal lumpuh.

Jika sebelum ini, pembeli yang merasakan EV terlalu mahal masih lagi boleh membeli kenderaan konvensional, termasuklah hibrid dan plug-in hybrid.

Namun, pengguna di Eropah bakal kehilangan opsyen tersebut memandangkan Kesatuan Eropah sebulat suara bersetuju untuk mengharamkan penjualan kereta ICE pada tahun 2035. – Bloomberg

Google ads
Back to top button