Buletin

SUAMI ISTERI YANG TERPISAH DIBENAR LAKUKAN PERJALANAN RENTAS NEGERI

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa pasangan suami isteri yang terpisah di dua buah negeri berbeza sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini boleh melakukan perjalanan rentas negeri.

“Mengenai perjalanan rentas negeri, saya diberitahu ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja. Misalnya, suami bekerja di Perlis dan isteri pula di Johor.

“Oleh kerana larangan rentas negeri ada suami yang dah tak jumpa isteri dan anak-anak selama lebih dua bulan.

“Jadi, saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran untuk suami dan isteri melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga,” jelas Muhyiddin.

Untuk perjalanan rentas negeri ke Sabah dan Sarawak, Muhyiddin memohon kerajaan negeri supaya memberikan kelonggaran yang sama. Permohonan rentas negeri boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau pergi ke balai polis berhampiran.

Google ads
Back to top button