Buletin

SUBARU PALM CHALLENGE 2014

Hujung minggu lalu, berlangsung acara  Subaru Palm Challenge 2014 di Piazza The Curve, Mutiara Damansara.  SONY DSC

Sudah memasuki edisi keenam, cabaran yang menguji kekuatan mental dan fizikal itu menawarkan hadiah cukup lumayan, sebuah SUV Subaru XV untuk dimenangi.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, pusingan untuk peserta di Malaysia itu nyata mendapat sambutan hangat. Sejak pagi lagi, puluhan peserta mencuba nasib dengan  meletakkan tapak tangan mereka di atas dua buah Subaru XV yang disediakan dalam tempoh paling lama.

SONY DSC

Cabaran ini menyaksikan seramai 80 orang peserta merebut 10 tempat untuk bersaing di peringkat akhir di Singapura.  Di sana, mereka akan bertemu dengan peserta dari Thailand, Hong Kong, Filipina, China, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Singapura.

Mereka juga mengharung beberapa cabaran. Pada masa yang sama perlu memastikan tapak tangan mereka diletakkan di atas kereta. Peserta diberi masa rehat selama 10 minit pada setiap enam jam untuk mengambil makanan, pergi ke bilik air atau berehat.

Subaru-Palm-Challenge-2014-mekanika  (1)

Akhirnya, sepuluh orang peserta akhir berjaya dipilih. Mereka ialah Tan Hong Sheng, Tan Chuan Kok, Mohd Fadhill R. Azmi, Ronesh Biswas A/L Bisanuth Biswas, Sativale Sundrammorthy, Muhammad Muhyiddin Suhor, Muhammad Afif Drani, Khairul Hafiz Abu Hassan dan Yeong Shoa Yei.

Subaru-Palm-Challenge-2014-mekanika  (13)

Mereka semua akan diterbangkan ke Singapura untuk menyertai 390 orang peserta lain di peringkat akhir pada 8 Novembder depan. Buat pertama kalinya, para peserta ini diberi peluang untuk membawa seorang tetamu ke Singapura sebagai penyokong dengan semua perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya oleh pihak Motor Image.

Subaru Palm Challenge 2014 turut ditaja oleh Orient yang bertindak selaku penjaga masa rasmi untuk cabaran ini. 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button