Pandu Uji

PERODUA AXIA – BERMULA RM24,600

Sebagaimana yang anda sedia maklum, Perodua akhirnya melancarkan secara rasmi model terbaharu, Axia malam semalam.

SONY DSC

Menjadi model kesepuluh Perodua, Axia mencatat banyak sejarah baharu buat pengeluar kenderaan nasional itu. Antaranya, Axia ialah kereta cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia, model pertama dikilangkan di kilang baharu Perodua dan banyak lagi.

Sejak ditubuhkan pada 1993, Perodua sememangnya menawarkan kenderaan yang mampu milik buat rakyat Malaysia. Tanggungjawab itu nampaknya diteruskan menerusi Axia apabila harganya adalah lebih murah berbanding jangkaan awal.

SONY DSC

Anda boleh memiliki sebuah Axia pada harga bermula RM24,600 seunit. Tetapi, jangan pula banyak komplen. Memandangkan ia merupakan model paling asas, maka banyak juga benda yang ditiadakan. Misalnya, radio.

Apa? Tak ada radio? Jangan overreacting. Sebab percaya atau tidak, kereta dengan spesifikasi sebegini memang ada peminatnya yang tersendiri. Tak percaya, cuba tanya pengendali sekolah-sekolah memandu dan mereka yang lebih gemar memasang sendiri sistem audio mengikut citarasa mereka.

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (3)

Malah, pihak Perodua sendiri agak terkejut apabila peratusan mereka yang membeli varian ini lebih tinggi daripada apa yang mereka jangkakan.

Buat masa sekarang, momentum penerimaan orang ramai terhadap model ini agak memberangsangkan. Sejak dibuka pada 15 Ogos lalu sehingga kini, Perodua sudah pun menerima lebih 13,500 tempahan.

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (5)

Untuk menjangkau audiens yang lebih luas, Axia didatangkan dalam enam varian iaitu Standard E (MT), Standard G (MT & AT), SE (MT & AT) dan Advance (AT). Anda boleh membezakan model Standard dengan SE dan Advance dengan mudah melalui penampilan luarannya.

Paling ketara, varian SE dan Advance dilengkapi gabungan bampar hadapan dan gril radiator lebar, lampu isyarat membelok pada perumah cermin sisi, skirting, lampu belakang LED, lampu utama jenis projektor serta rim aloi lima jejari.

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (2)

Di bahagian kabin, jurang di antara varian dibezakan lagi dengan sistem audio, material yang membalut tempat duduk, tinted keselamatan pada tingkap dan sensor mengundur.

Di sebalik perbezaan rekaan, semua varian itu dikuasakan oleh unit enjin aluminium sepenuhnya yang sama iaitu 1KR-DE DOHC, 12 injap dengan sistem pancitan bahan api (EFI). Enjin itu dipadankan sama ada dengan kotak gear automatik empat kelajuan baharu atau manual lima kelajuan.

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (4)

Rangkaian kuasa itu membolehkan Axia mencatat penggunaan bahan api sekitar 21.6 kilometer bagi setiap liter petrol (km/l) untuk varian manual dan 20.1 km/l (transmisi automatik). Namun, bagi mendapatkan penjimatan sebegitu, para pemilik Axia disaran untuk menggunakan minyak enjin sintetik penuh (0W-20 API SN).

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (18)

Memang betul, Axia dibina di atas platform Daihatsu Ayla yang dijual di Indonesia. Namun harus tahu juga bahawa rekaan bahagian atas badan dan dalaman Axia telah direka untuk memenuhi piawaian keselamatan serta citarasa rakyat Malaysia. Citarasa Malaysia itu dapat dilihat dengan jelas di ruang kabin Axia yang dipasang dua penyangkut beg pada tempat duduk penumpang hadapan.

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (13)

Sebagai sebuah jentera kompak, aspek praktikaliti amat dititikberatkan. Tempat duduknya boleh dilipat melalui beberapa konfigurasi mengikut keperluan. Penumpang juga tidak perlu berebut meletak minuman kerana ada tiga pemegang cawan dan empat ruang menyimpan botol minuman. Bagi mereka yang selalu balik ke kampung, Axia memiliki ruang kargo yang boleh menempatkan empat buat beg saiz kabin tanpa sebarang masalah.

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Axia tidaklah terlalu cemerlang. Walaupun menerima penarafan empat bintang daripada ASEAN NCAP, dua beg udara pada semua varian, sistem brek ABS, dengan EBD dan BA untuk varian SE dan Advance, ia masih tidak dilengkapi oleh ESC. Tetapi, padanlah dengan harganya, ye dak?

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (7)

Sempena pengenalan Axia, Perodua turut mengumumkan bahawa model baharu itu hadir dengan jaminan selama lima tahun. Jaminan tersebut turut dilanjutkan kepada model Myvi dan Alza. Namun, pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun bagaimanapun telah ditamatkan.

Dengan lapan warna pilihan, anda sudah boleh melihat Axia secara dekat di 180 buah bilik pameran Perodua di seluruh negara.
[hr]GALERI 

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (1)Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (6)Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (8)Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (14)Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (16)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button