Buletin

SUDAH TIBA MASA PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN LEBIH TEGAS – NOOR HISHAM

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan mungkin sudah sampai masa pihak berkuasa lebih tegas dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Selama ini, Kementerian kesihatan telah cuba menggunakan pendekatan lembut untuk menasihati orang ramai agar berada di rumah sepanjang tempoh PKP demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Kami cuba gunakan pendekatan lembut (carrot) dahulu. Saya sudah gunakan pendekatan ini selama dua minggu. Tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk kita menggunakan pendekatan tegas (to use stick).

“Jadi pilihan di tangan orang awam,” kata Noor Hisham.

Sudah masuk hari ketujuh semalam, Noor Hisham diminta mengulas tentang pendekatan lembut yang diambil oleh pihak berkuasa dalam menguatkuasakan PKP.

Sebelum ini, polis menyatakan mereka akan melaksanakan pendekatan nasihat agar orang ramai tidak keluar rumah. Tetapi, akan mengambil pendekatan lebih tegas jika masih ramai yang berdegil.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kadar pematuhan PKP telah meningkat kepada 95 peratus berbanding 60 peratus pada hari pertama ia dikuat kuasa. – Malaysiakini

Google ads
Back to top button