Artikel PilihanBuletin

SUPERCAR DB10 JAMES BOND DILELONG

Berita ini buat peminat tegar James Bond dan tentunya mereka yang mempunyai hobi menyimpan koleksi kereta mewah.

aston-martin-db10-james-bond-mekanika (3)

Aston Martin akan melelong model Aston Martin DB10 yang digunakan James Bond dalam filem Spectre. Harga kenderaan tersebut dijangka melebihi 1 juta pound (RM6.1 juta).

Model yang akan dilelong itu merupakan salah sebuah di antara 10  unit DB10 yang dikeluarkan untuk film Spectre. Khabarnya ia merupakan satu-satunya Aston Martin DB10 yang ditawarkan kepada awam.

Supercar berkenaan melalui modifikasi sesuai mengikut keperluan James Bond. Bahkan turut  ditandatangani oleh Daniel Craig.

aston-martin-db10-james-bond-mekanika (1)

Difahamkan, majlis lelongan akan berlangsung di Rumah Lelong Christie, London pada pertengahan Februari hadapan.

Selain itu, jam tangan Omega Seamaster 300 yang dipakai oleh Daniel Craig dalam filem berkenaan turut akan dilelong.

DB10 dijana enjin 4.7-liter V8 bersama transmisi manual 6-kelajuan. Luarannya menggunakan karbon fiber dan kemasan kabin buatan tangan itu menerima sentuhan kulit dan aluminium.

Lelongan berkenaan dianjurkan bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan Medecins Sans Frontieres.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button