Motosikal

SPYSHOT: HONDA 150cc

Moped dengan enjin 150cc milik Honda ini sudah mula menghangatkan diskusi di online. Berikutan kebocoran imejnya.

1 (2)

Logo Honda boleh dilihat dengan jelas berhampiran speedometer. Laporan Otomotifnet menyatakan warna hitam pada badan moped itu kebiasaanya Honda mengklasifikasikan ia sebagai model PP atau pra produksi.

Rekaan enjin hingga  ke belakang mirip Honda Sonic 150R. Rekaan belakang yang tirus juga adalah rekaan khas Sonic. Begitu juga pada bahagian pelana dan pemijak kaki.

Bagaimanapun bahagian hadapan tampil berbeza. Lampu signal diletakkan pada bahagian hadapan. Lampu utama masih dikekalkan pada hadapan hendal.

3

Rekaan speedometer pula dipadankan dengan ciri analog pada takometer. Manakala indikator yang lain terletak pada skrin digital bersaiz kecil. Jika dibandingkan dengan model Sonic, paparan meter adalah digital sepenuhnya.

Jika Indonesia melancarkan model berkenaan dalam tempoh terdekat ini, maka ia akan bersaing dengan Yamaha MX King (Y15ZR) dan Suzuki Satria F150.

Lebih meriah, hasil risikan Otomotifnet kepada PT Astra Honda Motor (AHM), sumber menyatakan hanya perlu menunggu. Kerana setidaknya sepanjang 2016 pihak AHM akan melancarkan satu produk setiap bulan.

Namun, adakah model ini sebenarnya akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda?. Kita tunggu dan Mekanika akan cuba merisik untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Otomotifnet

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button