Motosikal

ROSSI LANCAR YAMAHA MT-15

Pasaran roda dua Indonesia semakin meriah. Bulan Januari sahaja sudah memperlihatkan beberapa model dilancarkan ke pasaran tempatan.

yamaha- xabre-150-indonesia-mekanika (2)

Kali ini bertempat di Bali, pihak Yamaha Motor Indonesia melancarkan model Yamaha Xabre 150. Di Thailand model tersebut dikenali sebagai M-Slaz.

Dijual pada harga atas jalan Rp29,8 juta (RM 9,238), tanda harga berkenaan adalah sama dengan model Yamaha YZF-R15.

yamaha- xabre-150-indonesia-mekanika (5)

Pelancaran tersebut turut menampilkan pelumba sensasi MotoGP, Valentino Rossi. Model sport naked itu dilengkapi dengan enjin bersesaran 150cc SOHC. Enjin silinder tunggal itu mampu menghamburkan kuasa 12kW @ 8,500rpm dan tork 14.3Nm @ 7,500rpm.

Penghantaran kuasa yang lancar diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan. Keteguhan enjin disokong dengan rangka dan suspensi yang lincah dan stabil. Yamaha menawarkan suspensi teleskopik di hadapan dan swingarm di bahagian belakang.

yamaha- xabre-150-indonesia-mekanika (1)

Kestabilannya disokong dengan tayar bersaiz 110/70 di hadapan dan 130/70 di belakang. Penampilan itu dilengkapkan dengan rim  17 inci. Tugas menghentikan jentera diserahkan kepada cakera brek tunggal di hadapan dan belakang.

Rekaannya tampil agresif. Ditambah dengan pilihan tiga warna hitam, kelabu dan perak. Ia turut didatangkan dengan ciri terkini antaranya lampu hadapan LED sepenuhnya dan konsol instrumen LCD penuh dengan pencahayaan latar LED.

yamaha- xabre-150-indonesia-mekanika (4)

Panjang badannya juga adalah kompak. Jarak di antara lampu hadapan dan hendal hanya 250mm. Lebih pendek berbanding model  YZF-R15.

Posisi duduk Xabre yang tegak dengan hendal yang lebar dan tinggi sangat selesa diajak menunggang dalam apa jua keadaan. Walaupun melalui trafik padat di bandar.

Foto pelancaran: Otomotifnet

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button