Buletin

LAMBORGHINI UCAP SELAMAT JALAN KEPADA MODEL ICE TULEN TAHUN INI

Lamborghini memang tidak dapat lari dari era elektrifikasi, jadi tahun 2022 merupakan tahun terakhir bagi mereka untuk menjual sebuah supercar terakhir yang asli dan tulen tanpa bantuan motor elektrik.

Menurut laporan daripada Automotive News, CEO Lamborghini Stephan Winkelmann menjelaskan ini merupakan satu-satunya peluang yang ada bagi syarikat itu untuk terus menawarkan supercar berenjin pembakaran dalaman.

Untuk tahun ini, Lamborghini dilaporkan akan mendedahkan empat model baharu pada tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah elektrifikasi barisan modelnya.

Sepanjang tahun lalu (2021), Lamborghini telah berjaya menjual sebanyak 8,405 unit kenderaan dengan peningkatan sebanyak 13 peratus, dan hampir 60 peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada SUV Urus (5,021 unit).

Dalam pada itu, Lamborghini sedang dalam usaha untuk memuktamadkan rekaan kenderaan elektrik pertama jenama itu, dan Winkelmann memberikan bayangan ia bakal menjadi sebuah produk empat pintu yang sesuai untuk kegunaan seharian.

Sumber: Automotive News

Google ads
Back to top button