Buletin

SUV KECIL – VOLVO EX30 DIJANGKA MASUK PASARAN TEMPATAN TAHUN INI

Volvo mendedikasikan diri kepada inovasi EV dengan pengenalan model terbaru, EX30. Reka bentuknya kecil namun masih menawarkan ciri-ciri menarik.

Bakal memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi, Volvo EX30 ditawarkan dalam tiga varian di Thailand iaitu EX30 Core Single Motor Extended Range, Ultra Single Motor Extended Range serta Ultra Twin Motor Performance.

Meskipun kecil, EX30 mempunyai dimensi panjang 4,223mm, lebar 1,837mm, dan tinggi 1,555mm. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk penggunaan bandar.

Walaupun ruang dalaman sedikit sempit, EX30 menawarkan rekabentuk dalaman yang minimalis serta dilengkapi skrin sentuh tengah 12.3-inci, sistem infotainment dengan ketersambungan Android Auto/Apple Carplay tanpa wayar serta kawalan iklim zon tunggal.

Ketiga-tiga varian EX30 didatangkan dengan pek bateri nickel manganese cobalt (NMC) berkapisiti 69kWj.

Kadar pengecasan AC maksimum ialah 11kW, mengisi semula bateri sepenuhnya selama 7.5 jam manakala pengecasan pantas DC pada kadar 153kW membolehkan pengecasan daripada 10% hingga 80% hanya menelan masa 26.5 minit.

Beralih pada kuasa, varian Single Motor Extended Range dan Ultra Single Motor Extended Range berupaya menghamburkan kuasa 272PS dan tork 343Nm, daya pecutan 0-100 km/j dalam 5.3 saat, memberikan jarak gerak 480km.

Sementara, varian Ultra Twin Motor Performance menghasilkan 428PS dan 543Nm dengan jarak gerak sejauh 460km.

Bagi pasaran Thailand, perincian harga bagi setiap varian adalah seperti berikut:

  • Single Motor Extended Range: 1.59 juta baht (RM206,132)
  • Ultra Single Motor Extended Range: 1.79 juta baht (RM232,263)
  • Ultra Twin Motor Performance: 1.89 million baht (RM245,232)

GALERI:

Google ads
Back to top button