Buletin

BIMS 2024: XPENG G6 TIBA DI PASARAN THAILAND, HARGA BERMULA RM197K – MASUK PASARAN MALAYSIA TAK LAMA LAGI

Pembuat kereta elektrik dari China, XPeng hari ini memperkenalkan XPeng G6 di acara Bangkok International Motor Show 2024.

Di pasaran Thailand, XPeng G6 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu G6 Standard Range dan G6 Long Range.

Dari segi dimensi, XPeng G6 mempunyai ukuran 3,753mm (panjang), 1,920mm (lebar), 1,650mm (tinggi) dengan jarak roda 2,890mm.

Di dalam kabin, ia dilengkapi skrin sentuh infotainmen bersaiz 14.96-inci, panel instrumen digital 10.2-inci, tempat duduk hadapan bolehkan dilaraskan secara elektronik, port pengecasan berkuasa, bumbung kaca panoramik serta pintu belakang berkuasa.

Beralih pada kuasa, Kedua-dua varian dijana oleh motor Tunggal, menghasilkan 292hp dan tork 440Nm.

Untuk rekod, varian Standard Range mempunyai daya pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 6.6 manakala Long Range pula hanya 5.9 saat.

Menerusi pek bateri jenis litium besi fosfat (LFP) 66kWh, varian Standard Range menawarkan jarak gerak 580km sementara, varian Long Range, yang menerima pek bateri nickel cobalt manganese (NCM) 87.5kWh, mempunyai jarak gerak sehingga 755km.

Melalui binaan sistem elektrikal 800V, kedua-dua varian disokong oleh pengecasan DC sehingga 280Kw.

Untuk harga pula, varian Standard Range boleh dimiliki pada harga bermula RM197,183 manakala Long Range RM223,475.

Di pasaran tempatan, XPeng G6 dijangka menjadi model pertama ditawarkan oleh pengedar baharu Bermaz Auto Bhd (BAuto).

Tedahulu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xpeng, He Xiaopeng berkata Thailand, Singapura serta Malaysia akan menjadi sasaran Xpeng, memandangkan sebahagiannya dimiliki oleh Volkswagen Group.

Tambahan, Penghantaran kereta pacuan kanan di luar China akan memperluaskan jualan Xpeng.

GALERI:

Google ads
Back to top button