Buletin

SUV LEBIH BERBAHAYA KEPADA PEJALAN KAKI BERBANDING KERETA – KAJIAN

SUV dikatakan boleh memberi kecederaan serius atau menyebabkan kematian kepada pejalan kaki berbanding kereta penumpang biasa.

Hasil kajian yang disiarkan oleh industri insurans Amerika Syarikat itu menggesa reka bentuk SUV diubah bagi meningkatkan lagi aspek keselamatannya.

“Kenderaan utiliti sukan adalah lebih berbahaya kepada pejalan kaki berbanding kereta,” kata ketua penyelidikan, Sam Monfort. Kajian itu diterbitkan oleh Institut Insurans Keselamatan Lebuh Raya AS baru-baru ini.

Dalam pelanggaran melibatkan SUV tradisional, gril akan menghentam bahagian pelvis atau dada pejalan kaki. Hentaman itu kemudian menyalurkan lebih banyak tenaga ke badan mangsa, jelas hasil kajian yang melibatkan 79 kemalangan di tiga buah bandar di negeri Michigan.  

“Lebih banyak kajian diperlukan untuk melihat sama ada semua dapatan ini menjurus kepada keputusan yang sama,” katanya lagi.

SUV yang dibina berasasken kepada trak pikapa atau crossover biasanya lebih besar dan berat berbanding kereta biasa. Ia juga mempunyai bahagian hadapan yang lebih rata.

Dalam kajian sama, SUV dilihat boleh menyebabkan kecederaan serius dan peritus kematian yang lebih tinggi. kredit foto: thecarconnection.com

Google ads
Back to top button