Artikel Pilihan

KAJIAN: PEMANDU MERCEDES DAN BMW PALING TAK GUNA

Ya, ini bukanlah cakap-cakap tepi jalan cakap-cakap kosong dan cakap-cakap makcik bawang. Satu kajian baru dalam Journal of International Psychology mendapati bahawa ramai pemilik kereta mewah sebenarnya tak guna.

“Dapatan kajian ini adalah jelas: orang yang mementingkan diri sendiri, keras kepala, tidak menyenangkan ramai orang dan tak boleh bertolak-ansur lebih cenderung memiliki kereta mewah seperti Audi, BMW atau Mercedes,” kata para penyelidik tersebut dalam satu siaran akhbar.

Kajian itu mengambil sampel 1,892 orang pemilik kereta di Finland dan juga menganalisis jenis keperibadian mereka. Ia merupakan idea yang diilhamkan oleh penyelidik Jan-Erik Lönnqvist.

Pemandu kenderaan ini “paling cenderung untuk melanggar lampu merah, tidak memberi laluan kepada pejalan kaki dan pada umumnya memandu dengan laju dan melulu. Ini bukanlah kajian kali pertama malah dalam soal-selidik sebelumnya mendapati bahawa pemandu kereta mewah lebih cenderung mengabaikan peraturan lalu lintas dan memandu “secara tidak beretika,” namun tidak jelas mengapa ia berlaku: Adakah kekayaan mempengaruhi tingkah laku mereka?

Lönnqvist, seorang profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki mendapati ia adalah sifat “semulajadi” apabila memandu kereta begini.

Tapi sebelum anda memandang sinis pada pemandu kereta mewah, nanti dulu.

Tidak semua pemilik kereta mewah bersikap begitu. Sebenarnya, ramai juga yang boleh dipercayai: Kajian ini juga mendapati bahawa lelaki dan wanita yang bercita-cita tinggi, dihormati dan berkeperibadian tinggi juga terdiri di kalangan pemilik kereta mewah ini, yang menurut Lönnqvist mencerminkan kualiti dan keinginan untuk mempamerkan imej diri serta kebolehpercayaan dalam kelas masyarakat.

Google ads
Back to top button