Motosikal

SUZUKI ADDRESS – RM4,788

Sama ada kita sedar atau tidak, Suzuki sebenarnya adalah perintis pasaran skuter di Malaysia. Suzuki memperkenalkan skuter Suzuki V100 pada tahun 1992, jauh lebih awal daripada mana-mana pengeluar melancarkan skuter mereka di Malaysia.

Suzuki-address-mekanika (23)

Sejak itu, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (SAM) terus melancarkan model skuter baru. Model terakhir yang dilancar ialah Suzuki NEX pada tahun 2012.

Ia menjadi salah sebuah model skuter yang mencatat sambutan memberangsangkan, berikutan saiznya yang kompak. Tetapi mampu menawarkan pecutan berkuasa serta harga yang berpatutan.

Suzuki Address - Pandulaju.com

Baru-baru ini, SAM telah memperkenalkan satu lagi model skuter yang dikenali sebagai Suzuki ADDRESS.

Untuk makluman, Suzuki ADDRESS ialah skuter pertama Suzuki yang menggunakan sistem pancitan bahan api termaju. Maka tidak hairanlah jika skuter ini mampu mencatat penggunaan sekitar 53km bagi setiap liter. Dengan kapasiti tangki bahan api yang besar mencecah 5.2 liter, anda boleh bergerak sejauh 276km untuk satu tangki.

Suzuki-address-mekanika (17)

Enjin itu juga berupaya menjana kuasa mencecah 6.9kW, sekali gus menawarkan kualiti pecutan yang berkuasa, terutama jika ditunggang di kawasan bandar.

Suzuki-address-mekanika (21)

Suzuki ADDRESS ialah sebuah skuter sangat mesra pengguna. Buktinya, kotak utility yang terletak di bawah tempat duduk mempunyai kapasiti 20.6 liter, terbesar dalam kelasnya. Jadi, ruang itu mampu menyimpan sebuah topi keleder muka penuh, baju hujan dan barang lain tanpa sebarang masalah.

Papan lantai yang luas membolehkan penunggang boleh meletakkan kaki dengan selesa. Bagi mereka yang merasakan Suzuki NEX sedikit kecil, Suzuki ADDRESS pasti boleh menjadi satu pilihan tepat.

Suzuki-address-mekanika (16)

Suzuki ADDRESS menggunakan tayar tanpa tiub, pertama untuk skuter Suzuki di Malaysia. Penggunaan tayar tanpa tiub itu adalah bagi memberi kemudahan dan lebih keselamatan kepada pelanggan.

Suzuki-address-mekanika (28)

Suzuki ADDRESS ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif iaitu RM4,788 seunit (harga jualan asas tidak termasuk GST). Didatangkan dalam dua warna iaitu biru dan merah, serahan kepada wakil pengedar sah Suzuki telah bermula sejak awal Mei lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button