Buletin

SUZUKI CATAT KEPUASAN HATI PELANGGAN TERBAIK – J.D POWER UK

Berdasarkan perhatian penulis, kepuasan hati pelanggan tidak semestinya bergantung kepada jenama.

Jenama yang terkenal dan popular tidak semestinya mempengaruhi kepuasan hati pelanggan.

Di negara kita misalnya, kedudukan teratas tidak dipengaruhi oleh jumlah jualan. Ada jenama yang mempunyai jumlah jualan kecil tetapi peratusan kepuasan hati pelanggan mencatat keputusan baik.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada prestasi ini ialah jumlah jualan itu sendiri. Lebih banyak jualan, lebih mencabar untuk memenuhi keperluan pelanggan dari segi perhatian dan khidmat selepas jualan.

Selain itu berada di bawah tidak semestinya kekal, ada jenama yang melonjak naik selepas beberapa pembaharuan dan penambah baikan dibuat.

Di negara maju pula senarionya mempunyai persamaan. Jenama yang mencatat jualan tinggi tidak semestinya di atas sekali.

Badan penilaian kepuasan hati pelanggan iaitu J.D Power baru sahaja mengeluarkan hasil kajian 2019 untuk United Kingdom.

Suzuki menduduki tempat pertama untuk kategori massa bagi keseluruhan kepuasan hati pelanggan (2019 UK Customer Service Index StudySM) atau dengan 813 daripada 1,000 markah.

Markah tersebut berada di atas purata jenama massa iaitu 786 markah dan hanya dua mata di belakang pemenang kategori premium.

Kajian ini dibuat bagi mengukur tahap kepuasan hati pelanggan tentang pengalaman servis di pusat pengedar francais dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.

Kajian dibuat melalui lima aspek dan ranking seperti berikut:

  1. Kualiti servis – 26 peratus
  2. Pemula/inisiatif servis – 23 peratus
  3. Penasihat servis – 19 peratus
  4. Pengambilan kenderaan – 17 peratus
  5. Fasiliti servis – 16 peratus

Kepuasan diukur berdasarkan skala 1,000 markah dan menariknya dalam kajian ini ketiga-tiga jenama dipegang oleh pengeluar Jepun.

Suzuki berjaya memperbaiki keputusan tahun lalu dengan pertambahan 22 markah.

Kajian CSI adalah analisa komprehensif tentang pengalaman dalam servis kenderaan dan dilakukan oleh J.D Power di 16 buah negara termasuk Malaysia.

Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan UK 2019 dibuat ke atas 6,759 responden yang membeli kenderaan mereka di antara November 2015 hingga Januari 2018.

Kajian ini dibuat di antara November 2018 sehingga Januari 2019 dan sekali lagi mendapati bahawa kepuasan pelanggan terhadap khidmat pengedar mempengaruhi kesetiaan dan perakuan pelanggan.

Berikut ialah lima jenama teratas dalam Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan UK 2019 – Jenama Massa:

  1. Suzuki – 813 markah
  2. Toyota – 800 markah
  3. Honda – 798 markah
  4. Hyundai – 798 markah
  5. Peugeot – 791 markah

BACA: SUZUKI JIMNY DIJANGKA MEMPUNYAI SUSUT NILAI RENDAH (RV TAK JATUH BANYAK)

BACA: #IKLANPILIHAN: KERETA SUZUKI YANG RARE. SUZUKI IGNIS SPORT

BACA: SUZUKI UMUMKAN HARGA JUALAN SUZUKI KATANA 2019 DI UK

Google ads
Back to top button