" "
BuletinMotosikal

EDISI KHAS YAMAHA EXCITER 150 – KOLEKSI TERBARU Y15ZR 2019

Yamaha Motor Vietnam baru melancarkan edisi khas Exciter dengan grafik baharu. Ia adalah versi kedua yang dibuat pada model V2 selepas pelancaran edisi “Doxou” pada tahun lepas.

Yamaha Motor Vietnam memang agresif dan sering menghasilkan edisi yang mempunyai grafik sangat berbeza berbanding pasaran-pasaran Y15ZR lain di Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Terdapat dua versi grafik yang diperkenalkan iaitu Biru dan Matte GRey. Cara grafik diolah juga agak “berani” dengan menampilkan tema terang pada model Biru yang disudahkan dengan “lining” rim berwarna kuning.

Bagi versi matte grey pula, ia disudahkan dengan spoiler berwarna oren dan stripe roda berwarna oren yang sama.

Tiada perubahan yang dibuat pada bahagian mekanikal. Ia masih dijana enjin 150cc, sejukan cecair dan gear lima kelajuan.

Bagi versi V2 ini, pasaran Malaysia baru sahaja menerimanya menerusi pelancaran rasmi yang dibuat bulan lepas di Jasin sempena perlumbaan cubprix, Melaka.

Y15ZR masih belum mendapat mana-mana edisi khas dan lazimnya pasaran Malaysia mendapat “edisi GP” yang diperkenalkan semasa pusingan MotoGP di Sepang.

Menurut pandangan kami, tahun ini, Yamaha mungkin akan hasilkan edisi Monster MotoGP yang mana syarikat minuman tenaga tersebut telah menggantikan penaja sebelum ini, syarikat telekomunikasi Movistar.

GALERI

Google ads
Back to top button