Buletin

SUZUKI FRONX DILANCARKAN DI INDONESIA – TAWAR TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM77K

Selepas penantian yang agak panjang, Suzuki akhirnya dilancarkan secara rasmi model SUV crossover terbarunya, Suzuki Fronx, untuk pasaran Indonesia.

Suzuki Fronx ini dijangka menjadi antara model paling laris dalam barisan produk Suzuki, dengan harga permulaan sekitar Rp 250 juta (anggaran RM75,000).

Fronx merupakan model yang direka khas dengan mengambil kira keperluan pengguna di Indonesia dan kehadiran Fronx akan memperkukuh kedudukan Suzuki di pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Suzuki Fronx ditawarkan dalam tiga varian utama dengan harga seperti berikut:

  • GL: Rp 259 juta (MT) / Rp 271 juta (AT) – (anggaran RM77,700 / RM81,300)
  • GX: Rp 276 juta (MT) / Rp 293.3 juta (AT) – (anggaran RM82,800 / RM88,000)
  • SGX: Rp 319.9 juta (AT sahaja) – (anggaran RM96,000)

Dari segi pilihan warna, varian GL hadir dengan tiga pilihan: Cool Black, Pearl Snow White, dan Metallic Magma Grey.

Varian GX menambah satu lagi pilihan iaitu Savanna Ivory. Manakala varian tertinggi SGX tampil lebih eksklusif dengan warna dwi-ton seperti Pearl Snow White-Black, Savanna Ivory-Black, serta Ice Grayish Blue-Black.

Untuk rangkaian kuasa, Suzuki Fronx hadir dengan dua jenis enjin. Varian asas GL dilengkapi enjin 1.5L K15B tanpa sistem hibrid, bersama transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Sementara varian GX dan SGX menggunakan enjin 1.5L K15C dengan sistem mild hybrid, digandingkan bersama transmisi automatik 6-kelajuan.

Enjin K15B menghasilkan kuasa maksimum 104.7PS pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,400rpm. Enjin K15C mild hybrid pula menjana 100.6PS dan tork 135Nm pada kadar rpm yang sama, dengan kelebihan pada kecekapan bahan api.

Suzuki turut melengkapi Fronx dengan ciri keselamatan canggih melalui sistem ADAS (Advanced Driver Assistance System), termasuk:

  • Adaptive Cruise Control
  • Lane Keep Assist
  • Autonomous Emergency Braking (DSBS II)
  • Head Up Display
  • Lane Departure Prevention
  • Lane Departure Warning
  • Rear Cross Traffic Alert
  • 360 View Camera
  • Vehicle Swaying Warning
  • Blind Spot Monitor
  • High Beam Assist
  • Parking Sensor

Tampil moden, dilengkapi teknologi pintar dan pilihan trenkuasa mesra alam, Suzuki Fronx bersedia memberi saingan sengit dalam pasaran SUV kompak serantau.

Google ads
Back to top button