
KONTENA GERGASI CHERY CURI PERHATIAN ORANG RAMAI DI BUKIT BINTANG
Sebuah kontena besar berwarna terang yang dihiasi reben gergasi kini menjadi tumpuan di Jalan Bukit Bintang, tepat di hadapan The Starhill.
Tanpa sebarang maklumat lanjut kecuali logo Chery dan tulisan mencuit hati “Cuba Teka Apa Ada Dalam,” pemandangan ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.
Taktik promosi penuh teka-teki ini menampilkan tingkap kecil di sekeliling kotak, membolehkan orang ramai menjenguk ke dalam. Apa yang kelihatan? Siluet sebuah kenderaan bergaya, berprofil garang tetapi identitinya masih belum diketahui.

Inisiatif ini merupakan langkah permulaan kempen bandar terkini Chery, yang menyasarkan golongan pemandu muda yang cintakan gaya, keterujaan dan keunikan. Ia bukan sekadar pemasaran, tetapi satu pengalaman yang menggalakkan interaksi dan rasa ingin tahu.
“Kami ingin rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang turut sama merasai keterujaan ini. Apa yang tersembunyi dalam kotak tersebut adalah sesuatu yang baharu, menarik, dan menandakan kehadiran Chery disini,” ujar Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew.
Fenomena ini turut hangat di media sosial, dengan tanda pagar #crosswonderfullife menjadi trending.
Ramai beratur untuk mengintai isi kontena sambil berkongsi teka-teki mereka secara dalam talian. Malah, mereka yang berjaya meneka model kenderaan Chery di dalam kotak itu dengan tepat bakal menerima hadiah istimewa.

Pendedahan penuh dijangka berlangsung dalam beberapa minggu akan datang. Buat masa ini, hanya satu persoalan bermain di fikiran semua, apa sebenarnya yang ada dalam kotak itu?
Jangan lepaskan peluang! Singgah ke The Starhill dari 29 Mei hingga 3 Jun untuk turut serta dalam aktiviti menarik dan merungkai misteri di sebalik kotak tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari www.chery.my