Buletin

SUZUKI MEGA ROADSHOW BERI HADIAH

Suzuki Mega Roadshow berakhir pada hari ini apabila pemenang bertuah diumumkan dalam satu majlis di Baci Italian Café, Citta Mall. 

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (2)

Diadakan mulai Disember 2013 hingga Mac 2-14 di 16 l;okasi di seluruh negara, siri jelajah tersebut menawarkan orang ramai melihat secara dekat model-model Suzuki, selain rebat  tunai sehingga RM15,000.

Seramai 500 orang yng berjaya mendaftar kenderaan Suzuki masing-masing sepanjang tempohtersebut layak untuk mendapat satu cabutan bertuah. Empat orang pemenang dipilih secara rawak oleh pihak pengurusan Suzuki Malaysia Automobile (SMA) di bawah seliaan dua orang juru audit DRB Hicom Group.

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (3)

Akhirnya, Syahrida Deha, 36, seorang kerani dari Alor Setar Kedah dilipih sebagai penerima hadiah utama berupada percutian lapan hari sembilan malam ke Jepun  untuk dua orang.

Sementara Abdul Aziz Jantan dari Kuantan dan Ong So Tiap dari Bachok, Kelantan dan Lim Poh Chin dari Pulau Pinang menerima hadiah kedua hingga keempat. Abdul Aziz, 59, memenangi sebuah TV LED 60 inci dan set teater rumah.

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (1)

Ong, 45, dan Lim, 25, pula masing-masing membawa pulang akaun simpanan ASB/ASN berjumlah RM10,000 serta baucar beli-belah parkson bernilai RM5,000.

“Maklum balas yang kami terima sepanjang Suzuki Mega Roadshow amat memberangsangkan. Cabutan bertuah ini adalah antara cara kami memberi ganjaran dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Suzuki-Swift-RS-RM80,000-mekanika (1)

Berikutan penerimaan positif Suzuki Mega Roadshow, SMA memperkenalkan pula kempen Suzuki Super Deals yang berlangsung sekarang hingga Ogos 2014. Antara promosi yang ditawarkan ialah pembeli Suzuki Swift boleh memilih di antara rebat tunai RM4,000 Insurans percuma atau dua tahun servis percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button