Modifikasi

LAGENDA RALI – MITSUBISHI GALANT SUPER SALOON VR4

Kata orang, jenis kereta melambangkan perwatakan pemiliknya. Tak tahulah betul ke tidak. 

Tetapi kalau di Malaysia yang keretanya serba mahal, orang beli kereta bukan nak sangat tengok spesifikasinya. Sebaliknya lebih kepada jenis apa yang lalu depan mata, sapu saja. Pergi bilik pameran, cuba masuk pinjaman bank. Tengok yang mana satu lepas dulu, Myvi atau Persona. Tak gitu?

BACA: LAGENDA RALI SEBENAR-GALANT VR4

Nak pilih apalah sangat kalau bajet pun cuma RM50,000. Kalau bukan kereta nasional dapatlah Kia Picanto, Suzuki Alto, Hyundai i10 atau Chana Era. Kemudian nak pula bandingkan dengan Proton Persona, memang macam langit dengan bumi lah. Baik beli sedan yang dah tentu lagi besar dan selesa.

Ini bukanlah dilema yang baru. Sebab itu yang ramai beralih pada kereta terpakai. Apabila bercakap pasal kereta terpakai, jangan pula beli Mahindra Scorpio atau  Naza Sutera. Itu bunuh diri namanya.

Kereta terpakai pun banyak yang berkualiti. Nak laju? Bersepah orang jual Proton turbo di luar sana. Nak ada gaya sambil berkejar-kejaran dengan abang JPJ? Kenari Move, Kancil Kelisa Myvi Convert, Detomaso semuanya tinggal nak runding harga sahaja.

Saya? Saya undi Mitsubishi Galant VR4. Mungkin saya dah ulang benda ni 223 kali, ini ialah sedan yang tak ada masalah mekanikal langsung. Alat gantinya banyak, murah, kalau rosak mana-mana bengkel boleh baiki, penggunaan minyak biasa-biasa sahaja. Nak kata jimat tidak, mentekadarah sangat pun tidak. Laju? Bolehlah nak laukkan Inspira yang pura-pura jadi Evo 13. Pendek kata, kereta ni hampir mencapai status sempurna.

Kereta ini tahun 1989 yang mendarat sebagai model Galant Super Saloon. Masa tu saya kecik lagi. Kalau anda nak tau, inilah model terakhir Galant yang masuk sebagai Mitsubishi. Lepas tu dia jadi Proton Perdana. Galant model VRG selepas itu kebanyakannya datang dengan plat Langkawi. Saya pun pernah jatuh cinta dengan VRG tu dulu.

Sebagai sebuah kereta yang bukan berpacuan empat roda dan tidak turbo, kerja modifikasi perlulah bermula dari awal. Pertama, mesti pasang enjin power dulu. Sebab kalau tak ada enjin power, maka tidak cukup syarat.

Enjin yang dipilih oleh pemiliknya yang bernama Mohd Khairi ialah VR4 RS. Enjin ini dikahwinkan dengan blok Evo III, turbo TD05, turbosmart dan wastegate Tial. Sistem suspensi pula dinaik taraf kepada jenis boleh laras TEIN Flex pada keempat-empat sudut.

Pengendalian yang bagus sudah tentu datang dengan brek yang cemerlang. Maka Mohd Khairi telah memasang brek 4 pot Mitsubishi FTO di depan dan brek asal VR4 dikekalkan di belakang. Tayar Michelin 225/45 itu membalut rim Enkei RP-F1 17 inci. Warna emas itu bukan saja-saja tembak, memang warna original.

Bahagian kokpit kereta dipasang dengan papan pemuka VR4 RS, temp meter Omori, timer APEXi, fuel pressure meter NRG, knob Ralliart dan tempat duduk AMG jenis kulit? Atau balut balik ni? Sebab nampak macam baru betul. Sistem audio pula diketuai oleh pemain utama DVD Double DIN Kenwood, speaker dan amp Alpine.

Bahagian luar kereta adalah terjemahan model VR4 AMG sepenuhnya. Semua bahagian badan adalah VR4 AMG kecuali bampar depan daripada model VR4 RS dan lampu belakang spec USDM.

GALERI

Google ads
Back to top button