Pandu Uji

HR-V CATAT TEMPAHAN 7,000 UNIT DALAM MASA SEBULAN!

SUV kompak terbaharu daripada Honda, HR-V meneruskan momentum positif apabila berjaya mencatat tempahan sebanyak 7,000 dalam tempoh hanya sebulan. 

Honda-HR-V-booking-mekanika (3)

Jumlah tempahan yang tinggi ini telah menyebabkan tempoh menunggu menjadi empat bulan. Jadi, Honda Malaysia kini sedang giat untuk mengkaji semula jadual pengeluaran model tersebut.

HR-V dipasang di kilang produksi No.2 di Pegoh, Melaka. Mempunyai jadual pengeluaran yang fleksibel, Honda Malaysia boleh mengubah jadual pengeluaran demi mengurangkan tempoh menunggu.

Honda-HR-V-booking-mekanika (1)

Honda Malaysia memohon maaf di atas kelewatan penghantaran ini. Ia juga akan  mengumumkan tempoh menunggu yang baru setelah perkara itu dimuktamadkan nanti.

Daripada semua tempahan tersebut, HR-V varian V merangkumi 65 peratus, manakala varian S dan E pula masing-masing mencatatkan 15 dan 20 peratus.

Honda-City-booking-Mekanika

Honda Malaysia juga mencatatkan rekod baru pada bulan Februari 2015 dengan jumlah tempahan tertinggi pernah diterima dalam sejarahnya iaitu 11,047 unit. Rekod itu disumbang oleh tempahan HR-V, City dan Jazz.

Menerusi barisan model yang cukup menarik termasuklah CR-V baharu, Honda Malaysia berjaya mengekalkan posisi di tempat pertama bagi segmen kenderaan penumpang bukan nasional pada Januari 2015 dengan jualan sebanyak 6,522 unit.

Honda-Jazz-mekanika

Dengan momentum dan sambutan hangat terhadap HR-V, Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 untuk tahun 2015.

Honda Malaysia juga telah bekerjasama rapat dengan 78 pengedar Honda di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan selepas jualan dan servis yang berkualiti kepada para pelanggannya.

SONY DSC

Pelanggan boleh melihat dan pandu uji HR-V di mana-mana rangkaian pengedar Honda di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button