Buletin

SUZUKI SAH KEMBALI KE MALAYSIA. DIEDAR OLEH NAZA EASTERN

Sempena sambutan ulang tahun ke-45 Kumpulan Naza, Naza Eastern Motor Sdn. Bhd. (Naza Eastern) mengumumkan pelantikannya selaku pengedar kenderaan baharu Suzuki di Malaysia. 

Pelantikan itu membolehkan Naza Eastern untuk menjual dan menawarkan perkhidmatan selepas jualan kenderaan Suzuki generasi baharu sahaja. 

“Kami berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan sebuah jenama automotif Jepun yang berjaya menarik miat rakyat Malaysia sebelum ini. Naza Eastern komited untuk membina reputasi Suzuki dengan menawarkan produk-produk berkualiti yang tahan lasak, mahu dimiliki dan ceria,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimudin. 

Pengurus Besar Eksekutif Pemasaran Global Automotif Suzuki Motor Corporation, Kinji Saito mengakui pihaknya teruja untuk kembali ke pasaran Malaysia menerusi Kumpulan Naza. 

“Pengalaman kami dalam pasaran Malaysia memang mengujakan kerana produk Suzuki mendapat sokongan padu daripada pelanggan. Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan dan tidak sabar untuk menawarkan kereta yang memenangi anugerah kepada peminat setia jenama Suzuki,” kata Saito. 

Pusat 3S pertama Suzuki terletak di Naza Automall, Petaling Jaya. Diinspirasikan daripada motto Suzuki “Way of Life!”, ia menyediakan ruang selias 3,000 kaki persegi. 

Naza eastern dijadual melancarkan model pertamanya minggu depan. Mekanika menjangkakan model tu ialah Swift Sport dan Suzuki Jimny.  Tak sabar kan?? 

Google ads
Back to top button