Buletin

MASALAH EMISI, SUZUKI JUAL JIMNY DUA PINTU SEBAGAI KENDERAAN KOMERSIAL DI EROPAH

Sebelum ini, timbul laporan bahawa Suzuki tidak lagi akan menawarkan model Jimny lima tempat duduk di pasaran Eropah.

Kini, Suzuki mengesahkan bahawa ia hanya menawarkan Jimny dua tempat duduk sebagai kenderaan komersial ringan (LCV).  

LCV itu hadir dengan ruang kargo yang luas (863 liter) bersama lantai rata dan pembahagi kawasan barangan yang selamat.

Ideal untuk kegunaan perniagaan kecil, ia dilihat sebagai satu-satunya peluang untuk Suzuki terus menjual Jimny di sana kerana syarat emisi untuk kenderaan komersial tidaklah seketat kereta penumpang. 

Selain kerusi belakang yang dibuang, Jimny ini tidak menerima sebarang perubahan. Jentera itu masih menggunakan kerangka jenis ladeer dan sistem 4WD separuh masa Allgrip Pro dengan gear penukaran jarak rendah.  

Jimny juga menggunakan enjin aspirasi biasa bersesaran 1.5 liter berkuasa 100hp. Jika dinilai dari stanrad emisi WLTP, Jimny LCV mengeluarkan 173 gram CO2 bagi setiap kilometer yang jauh tinggi berbanding piawaian kenderaan biasa. 

Sebab itulah kenapa Jimny masuk ke dalam segmen LCV. 

Google ads
Back to top button