Motosikal

BAPA BAWA ANAK KECIL HANTAR BARANG. LETAK DALAM KOTAK, COMEL JER…

Seorang penghantar barang di wilayah Jiangsu, China tular di media sosial apabila dirakam membawa anak perempuannya berusia dua tahun di dalam sebuah kotak ketika melakukan kerja penghantaran.

Menurut akhbar South China Morning Post kelmarin, lelaki dikenali sebagai Li Yuanyuan terpaksa membawa anaknya, Fei’er semasa bekerja kerana tidak mampu menghantar Fei’er ke pusat jagaan kanak-kanak.

Yuanyuan bergilir menjaga Fei’er bersama isterinya yang bekerja di sebuah pasar basah selepas anaknya menghidap penyakit pneumonia ketika berumur lima bulan.

“Saya mula membawa Fei’er bersama ketika menghantar barang sejak dia berusia enam bulan iaitu pada Mei 2019. Saya meletakkannya di dalam beg di bahagian hadapan motosikal.

“Dia seorang anak yang baik, sentiasa tersenyum apabila berjumpa pelanggan dan tidak menimbulkan masalah semasa motosikal bergerak,” katanya.

Yuanyuan memberitahu dia sedar tentang risiko yang terpaksa dihadapainya ketika membawa Fei’er bekerja, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain.

“Kami tinggal di dalam sebuah bilik seluas 32 meter persegi dengan sewa AS$45(RM186). Ramai yang mahu memberi derma apabila tahu saya membawa Fei’er ketika bekerja tetapi saya menolak kerana saya masih mampu bekerja untuk menyara keluarga.

“Pada waktu pagi, Fei’er akan mengikut saya bekerja. Manakala pada waktu petang, isteri akan mengambil alih tugas menjaganya,” ujar Yuanyuan. – K!Online 

Google ads
Back to top button