Buletin

FERRARI DERMA RM47.2 JUTA BANTU RINGANKAN BEBAN PASUKAN PERUBATAN ITALI

Sama dengan industri lain, industri automotif terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Hampir semua pengeluar kenderaan menutup kilang masing-masing dalam usaha mengekang virus itu daripada merebak. 

Ferrari turut menutup kilangnya di Maranello dan Modena hingga 27 Mac depan. Itali  menjadi negara paling terjeja apabila merekodkan lebh 21,000 kes jangkitan dan 1,441 kematian sehingga kini. 

Malihat keadaan yang semakin genting itu, keluarga Agnelli, pengasas Fiat dan pemilik Ferrari bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Awam Itali untuk menyokong perkhidmatan kesihatan nasional.

Mereka bersetuju untuk menyumbang sebanyak 10 juta euro (Rm47.2 juta) bagi meringankan beban pasukan kesihatan dan rakyat du Turin dan Piedmont. 

Selain bantuan kewangan, Fiat Chrysler Automobiles, Ferrari dan CNH Industrial telah bekerjasama dengan syarikat seperti Ermenegildo Zegna dan Pesenti Group untuk membeli 150 unit ventilator serta peralatan perubatan. 

Leasys (FCA Bank) pula menyediakan sejumlah kenderaan untuk membantu pihak Palang Merah dan Persatuan Bantuan Awam Itali (ANPS) mengedar makanan serta ubat-ubatan ke seluruh Itali. 

Masih belum dapat dipastikan bilakah virus ini dapat dihapuskan sepenuhnya. Namun, bantuan daripada syarikat-syarikat besar ini pasti sedikit sebanyak dapat membantu mengekang penularan wabak COVID-19.  

Google ads
Back to top button