Motosikal

SUZUKI V-STROM 2014

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Khas untuk peminat motosikal Suzuki, terutama model V-Strom, Suzuki Jepun telah memuat naik satu video temu ramah dengan Penolong Pengurus Jabatan Perancangan Produk Motosikal Suzuki, Tomohisa Ichimaru. 

080713suzm-a

Video ini sempena pelancaran model Suzuki V-Strom 1000 pada minggu ini. Ya. Temu bual ini dalam bahasa Jepun. Tapi tak perlu bimbang sebab ada subtitle bahasa Inggeris.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Sekali tengok, Ichimaru ini nampak macam skema atau nerd sahaja. Tapi jangan tak tahu bahawa beliau memang seorang peminat tegar motosikal. Dia pernah memiliki model Suzuki Bandit 1200S, Hayabusa dan V-Strom 650A. Sekarang, Ichimaru menunggang  Suzuki  V-Strom 650 ABS tahun 2012

img3

Temu bual ini melibatkan empat bahagian iaitu profail, konsep produk, fokus pembangunan dan cabaran Suzuki. Ia turut mendedahkan tentang penyelidikan dan pembangunan (R&D) model baharu, selain konsep yang dibangunkan oleh pasukan Ichimaru.

Ichimaru-san yang mula terlibat dalam perancangan produk Suzuki sejak tahun 2000 menerangkan pengalamannya dengan siri V-Strom. Ini termasuklah hasil kerjanya ke atas model V-Strom 650 dan bagaimana idea-idea boleh berkembang menjadi perancangan sebenar.  

img4

Anda juga boleh menonton sejarah model DR series yang ikonik. Bermula dari hala tuju rekaan V-Strom 1000, sejarah, imej serta lakaran konsep modelnya sekarang.

img1

Video itu boleh anda tonton di sini: www.suzuki-vstrom.com.

Selamat menonton!

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button