Buletin

SUZUKI VITARA S

Selepas menyepi hampir 16 tahun, Suzuki akhirnya mendedahkan model Vitara ketika Paris Motor Show tahun lalu. Terkini, model Vitara S diperkenalkan ke pasaran United Kingdom (UK). 

suzuki-vitara-s-mekanika (3)

Bakal berada di pasaran UK pada Januari 2016,  Vitara merupakan model pertama menggunakan enjin petrol Boosterjet.

Vitara S menggunakan enjin pengecas turbo berkapasiti 1.4 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa  138hp dan tork setinggi 20Nm yang boleh diperoleh seawal kitaran 1,500 sehingga 4,000rpm.

suzuki-vitara-s-mekanika (7)

Model berkenaan dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan sebagai standard. Kotak gear automatik enam kelajuan turut ditawarkan sebagai pilihan.

Kuasa dihantar ke empat-empat tayar menerusi sistem All Grip  dengan empat pilihan mod pemanduan iaitu Auto, Sport, Snow dan Lock.

suzuki-vitara-s-mekanika (5)

Pecutan dari sifar ke 100km/j mampu dicapai dalam tempoh 10.2 saat. Sementara, pecutan maksimumnya ialah 200km/j.

Di atas kertas, Vitara S merekodkan kecekapan bahan api  4.5 liter bagi setiap 100km.

suzuki-vitara-s-mekanika (1)

Penampilan luaran Vitara S diserlahkan menerusi penggunaan rim aloi berwarna hitam 17-inci, rekaan gril baharu, perumah cermin sisi berwarna perak dan lampu hadapan LED bersama perumah projektor berwarna merah.

Bahagian belakang pula dipasang dengan spoiler. Sementara  bahagian sisi menerima kemasan moulding berwarna hitam.

suzuki-vitara-s-mekanika (2)

Beralih ke ruang kabin, pihak Suzuki menggunakan jahitan benang merah pada stereng dan kerusi. Penggunaan warna merah turut dilihat pada corong pendingin hawa dan panel instrumen.

Pada konsol tengah, tersedia sistem infotainment DAB. Sistem tersebut disokong sambungan telefon pintar, navigasi, pendingin hawa automatik dan kawalan tingkap elektrik.

suzuki-vitara-s-mekanika (6)

Suzuki Vitara S dilengkapi ciri keselamatan tujuh beg udara sebagai standard, sokongan radar brek dan adaptive cruise control.

Harga jualan model Vitara S di UK adalah sekitar RM132,985 bagi varian manual dan RM141,575 bagi versi automatik.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button