Motosikal

YAMAHA FJR1300 2016

Model FJR1300 pertama kali diperkenalkan pada 2002. Terkini, Yamaha mendedahkan versi naik taraf FJR1300 dengan skim warna baharu dan peningkatan teknikal.

Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (11)

Warna baharu yang diperkenalkan ialah matt dan perak.

Perubahan terbesar yang diterima model 2016 itu ialah kotak gear 6-kelajuan. Menggantikan transmisi lima kelajuan yang digunakan sebelum ini.

Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (2)

Kotak gear 6-kelajuan berkenaan menawarkan  prestasi dinamik bersama karakter sport serta pengalaman tunggangan lebih selesa dan santai.

Malah, FJR1300 kini dilengkapi klac slipper/assist daripada  R1 bagi menghindari roda belakang terkunci ketika penurunan gear secara agresif dan memudahkan tarikan tuil. Ciri tersebut juga memberikan tahap kestabilan yang lebih baik.

Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (12)

Model sport touring itu didatangkan dengan lampu LED di hadapan dan belakang. Selain itu, lampu depan FJR1300 menerima ciri adaptive cornering.

Tambahan tiga lampu LED yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan lampu utama  membantu menerangi jalan ketika membelok dengan menggunakan unit ukuran inersia bagi mengesan sudut baring.

Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (1)

Yamaha turut mereka semula bahagian fender FJR1300 bersama kluster instrumen lebih moden. Lebih menarik, kesemua tiga model FJR1300 dilengkapi sistem Dainese D-Air Street.

Soal mekanikal, Yamaha masih mempertahankan enjin DOHC 1298cc 4-silinder bersama sistem ride-by-wire.

Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (8)

Harga model tersebut masih belum diumumkan. Yamaha FJR1300 2016 akan hadir di pasaran pada suku pertama 2016.

GALERI

Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (9)Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (5)Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (6)Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (7)Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (3)Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (4)Yamaha-FJR1300-2016-MEKANIKA (10)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button