Buletin

SUZUKI XBEE – VERSI COMEL TOYOTA FJ CRUISER

Suzuki dilapor bakal memperkenalkan barisan jentera baharu pada acara Tokyo Motor Show 2017, termasuklah Xbee ini. 

Reka bentuk Suzuki Xbee (disebut sebagai cross-bee) mengambil inspirasi rekaan jentera off-rad retro yang berkotak-kotak seperti Toyota FJ Cruiser. Tetapi dengan bentuk jauh lebih kecil. 

Model kei-kar itu mempunyai panjang kurang 3.4 meter. Bahagian hadapan kelihatan comel dengan lampu berbentuk bulat, cermin utama yang hampir vertikal. Di bawah hud, Xbee menggunakan khidmat enjin bersesaran 660cc daripada keluarga enjin turbo Boosterjet. 

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik yang masih belum dinyatakan. Suzuki juga tidak menawarkan versi manual untuk Xbee. 

Crossover itu didakwa dibina berasaskan kepada minivan Suzuki Hustler. Untuk makluman, Hustler sudahpun ditawarkan di pasaran Jepun sejak Disember 2013 dan mendapat sambutan hangat di sana. 

Xbee dijangka tampil dalam beberapa varian termasuklah Xbee kuning, Xbee Outdoor Adventure dan Xbee Street Adventure berwarna hitam. Secara ringkasnya, ia disasarkan kepada kelompok pengguna yang berbeza.

Selain Xbee, Suzuki juga akan mengetengahkan konsep Suzuki e-Survivor. SUV kompak itu dilihat sebagai gabungan di antara model Jimny dan Vitara. Jentera ringan itu menggunakan rangkaian kuasa bersama pacuan empat roda. 

GALERI

Google ads
Back to top button