
CBR250RR BAHARU BERTEMAKAN SPEEDY SHAPE, ENJIN 249.7CC, HARGA BERMULA RM19K
Astra Honda Motor (AHM) secara rasmi memperkenalkan CBR250RR. Ia hadir dengan perubahan seperti hantaran kuasa dan saspensi hadapan baru selain mempunyai dimensi yang lebih lebar.
Dari segi penggayaan, Honda New CBR250RR telah diberikan perubahan dari segi rekabentuk yang diberi nama ‘Aggressive Shape’.
Bertemakan ‘Speedy Shape’, sudut bahagian badan CBR250RR ini memiliki bentuk atau potongan yang tajam. Ia menonjolkan karakter agresif seperti jentera-jentera perlumbaan.

Enjin yang digunakan pada varian CBR250RR SP dan CBR250RR SP-QS telah dipertingkatkan khususnya dari segi kuasa tertinggi. Model CBR250RR SP-QS menggunakan sistem Slipper Clucth dan Quick Shifter.
Enjin jentera CBR250RR baru adalah 249.7cc dengan kuasa maksimum 42PS pada 13,000 rpm (varian SP dan SP QS), manakala model standard masih kekal iaitu 41PS pada 13,000 rpm.
Untuk pasaran di Indonesia, Honda New CBR250RR dijual dalam tiga pilihan varian pada harga yang bermula sekitar RM19,000.









