Artikel PilihanBuletinMotosikal

SYM VF3i 185. KAPCAI PERTAMA DI DUNIA DENGAN SISTEM BREK ABS!

Ceritanya bermula bila sekeping gambar berlegar dalam kumpulan whatsapp Abang Japar. Jangan tak tahu, Abang Japar ada menyelinap dalam semua group whatsapp Yamaha, Honda, Kawasaki, Benelli, Sym, Vellfire, produk kecantikan, pasukan bolasepak pahang, JDT, group resepi masakan dan macam-macam lagi.

Ini adalah gambar sebuah motosikal kapcai super power dari Sym  iaitu VF3i 185. Seperti yang diketahui, ia adalah kapcai dengan enjin paling besar dalam pasaran sekarang. Ia dilancarkan pada April lalu dan mengejutkan industri kerana menongkah arus dengan enjin 185cc, tangki petrol sebesar 7 liter, enjin 17.7hp dan juga harga yang lebih murah dari Y15ZR dan RS150R

BACA: SYM VF3i DILANCARKAN. RM7,988

Tapi bukan itu isunya. Gambar tadi menarik perhatian Abang Japar kerana satu benda. Di bahagian sisi kanan “dada” hadapan motor ini tertera pelekat “ABS”.

Untuk lebih jelas, di bawah ialah gambar yang telah di zoom dan di crop

Nasib baik juga gambar ni resolusinya agak bagus, jadi selepas di crop pun masih boleh lihat dengan jelas “ABS” tersebut.

Tapi, kalau setakat pelekat je, kat kedai Joe pun boleh buat kan?

Nanti dulu.

Cuba tengok dengan rotor bahagian bawah brek ni. Nampak bahagian tengah dengan sensor tu? Itu memang untuk ABS.

Dan kalau perhatikan betul-betul, melingkar di sebelah hos braided brek depan motosikal ni ialah kabel yang disambungkan pada sensor ABS. Gambar di zoom seperti d bawah

 

Ternyata gambar ini adalah asli dan SYM memang secara tak langsung merupakan kapcai pertama yang menggunakan sistem ABS pada produk mereka.

Semakan lanjut mendapati, motosikal ini dipamerkan di Pameran EICMA 2018 yang sedang berlangsung di Itali. Namun kerana ia sebuah kapcai, hampir tiada langsung media yang memberi perhatian kepadanya.

Dan setelah menyelidik dengan lebih lanjut, kami dapat satu lagi foto. ini gambar pula dari sudut hadapan

Penggunaan warna matt, emas dan kelabu pada motosikal yang dipamerkan ini juga menarik perhatian peminat Sym. Ia jauh cantik dari warna yang ditawarkan oleh MForce Holding, pengedar jenama SYM di Malaysia.

TAPI INI UNTUK PASARAN MANA?

Jadi, ada satu persoalan yang timbul. Ini untuk pasaran mana?

Besar kemungkinannya ialah untuk pasaran Eropah.

Kesatuan EU telah mewajibkan motosikal 125cc ke atas dipasangkan dengan sistem brek ABS mulai tahun 2016.

Bagaimana dengan Malaysia?

Umum mengetahui, VF3i hanya ada di pasaran Malaysia dan Singapura sahaja. Ia belum lagi meluas dan jika mengikut logik periagaan, memasang sistem ABS pada VF3i akan menjadikan motosikal ini jauh lebih mahal dari sepatutnya.

Sebagai contoh, Boon Siew menawarkan Honda CB500 (CB500F, CB500R dan CB500X) dalam dua pilihan. Dengan ABS atau tanpa ABS.

Bagi model ABS, perbezaan harganya ialah RM3,200 lebih mahal berbanding tanpa ABS.

BACA: PERANG SUPER KAPCAI, YAMAHA, HONDA, BENELLI & SYM 

Jika mengikut perkiraan kami, jika sistem ABS dipasangkan pada SYM VF3i 185cc, ia akan menjadi motosikal kapcai paling mahal di pasaran.

Ia lebih mahal daripada Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR yang menjadi pesaingnya hari ini. Dan…

Kami sangat percaya, ia tidak akan dilakukan oleh MForce Holdings.

Sekurang-kurangnya dalam masa terdekat. Melainkan kerajaan menetapkan undang-undang wajib pada peralatan ini.

GALERI

Google ads
Back to top button