Buletin

TOYOTA COROLLA HATCHBACK INI HOONIGAN BUAT UNTUK SEMA 2018, BUKAN KENT BLOCK

Semasa 2018 Specialty Equipment Market Association (SEMA) Show yang berlangsung hujung bulan Oktober lalu banyak kereta menarik dipamerkan.

SEMA bukan pameran biasa-biasa, ia adalah platform untuk syarikat ubah suai mempamerkan produk mereka untuk pasaran. SEMA juga adalah tempat pengeluar mempamerkan apa yang boleh diubah suai dengan kereta mereka.

Sebagai jenama besar di Amerika Syarikat (AS), Toyota tidak terkecuali dan mereka menyerahkan beberapa unit Corolla Hatchback 2019 untuk diubah suai oleh syarikat bebas.

Banyak tema yang dipilih oleh syarikat bebas ini dari Corolla drift sampailah kepada kereta kru filem. Konsep kereta kru filem adalah idea unik dan jarang dipandang ramai sebelum ini dan yang membikinnya bukan calang-calang iaitu Hoonigan.

Apabila sebut tentang Hoonigan satu yang terlintas ialah Ken Block, bila sebut Ken Block teringat kepada Hoonigan. Apabila nama Ken Block dan Hoonigan disatukan terus naik nama video Gymkhana dengan aksi kereta rali yang mencabar dan menghiburkan.

Dalam projek Toyota untuk SEMA mereka bukan buat kereta lumba tetapi sebuah kereta untuk kru penggambaran dengan gayaan rali.

Satu lagi perkara menarik tentang individu di sebalik kereta iaitu Larry Chen, Pengurus Projek Hoonigan dan jurnalis serta jurufoto terkenal untuk Speedhunters.

Dengan latar belakang beliau tidak hairan kenapa konsep kru penggambaran ini dipilih. Berikut ialah ciri-ciri pada kereta projek Corollah Hatchback Hoonigan:

  • Kren Motocrane Ultra
  • Gimbal Freefly Movi
  • Kamera Red Dragon
  • Lensa Canon 17-120mm
  • Sistem fokus Tilta Nucleus
  • Sistem ini boleh dikawal dari dalam kereta menggunakan kayu ria (joystick) dan monitor LCD
  • Spring prestasi RSR dan spacer ST Suspension
  • Rim 17 inci Fifteen52 Integrale
  • Tayar Yokohama Advan Neova
  • Penapis udara AEM dari HPS Performance
  • Sistem ekzos dari Ark Performance
  • Kerusi bucket FRP NRG
  • Tali pinggang enam poin NRG dengan besi pengikat Street Faction
  • Lip bampar APR Performance
  • Spot light Hella

Walaupun ini kereta penggambaran, segala set kamera dan kren pada kereta ini boleh ditanggal dan disusun dalam beg dan kemudian disimpan dalam kereta.

Maknanya Corolla Hatchback ini boleh dibawa untuk membungkus makanan sementara waktu rehat atau penggambaran seterusnya pada keesokan hari. Tidak perlu risau jika ditahan oleh pihak berkuasa, cuma kena beringat sebab segala peralatan ini berharga dan perlu disimpan dengan selamat.

BACA: TOYOTA HILUX GR SPORT – NAK LAWAN RANGER RAPTOR?

BACA: JARANG-JARANG BOLEH JUMPA – TOYOTA STARLET EP82

Google ads
Back to top button