Artikel PilihanBuletin

TAK SUKA GRAB? INI LIMA PILIHAN LAIN YANG ANDA BOLEH CUBA

Bermula 25 Mac lalu, penyedia perkhidmatan ride-hailing berpengaruh, Grab Malaysia telah mengenakan caj di antara RM3 sehingga RM5 ke atas pelanggan yang membatalkan tempahan atau lambat berada di lokasi yang dipersetujui.

Menurut laporan The Star, dalam Polisi Pembatalan Penumpang, Grab menyatakan pelanggan yang membatalkan tempahan selepas lima minit mendapat pemandu akan dikenakan caj berkenaan. Manakala jumlah sebenar caj bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah oleh pelanggan. 

Anda akan dikenakan ca RM3 jika membatalkan tempahan perkhidmatan GrabCar, GrabTaxi (meter atau eksekutif) dan JustGrab for Airport. Bagi pembatalan GrabCar kenderaan enam tempat duduk atau justGrab untuk sepuluh penumpang, caj adalah RM4.

Jika anda membatalkan tempahan GrabCar Premium tau GrabCar Luxe (Vellfire ke lapangan terbang), caj yang dikenakan ialah RM5. Pelanggan tidak akan dicaj jika mereka membatalkan tempahan dalam tempoh lima minit selepas mendapat pemandu.

Caj ini mungkin bertujuan melindungi pemandu, sepertimana yang dipraktikan oleh Uber sebelum ini. Ternyata, ramai pengguna tak suka lah. Tapi kalau tak suka pun apa pilihan yang anda ada?

Ada banyak. Sekurang-kurangnya ada LIMA aplikasi ride hailing yang tidak mengenakan sebarang caj pembatalan kepada pengguna.

1.Mula

Ia adalah antara aplikasi yang meningkat naik. Selain boleh membuat panggilan untuk pengambilan segerap, aplikasi ini juga membenarkan pengguna membuat pra-tempahan berdasarkan tarikh dan juga waktu.

Pengguna juga boleh menempah pemandu mengikut jam penggunaan dengan minimum dua jam. Ada banyak pilihan lain yang ditawarkan oleh Mula seperti Mula Pink Driver dan Favourite Driver.

2. EzCab

Ini adalah pilihan perkhidmatan teksi bermeter, kereta persendirian malah kereta dengan sembilan kerusi. Aplikasi ini menawarkan pelbagai diskaun seperti destinasi kesukaan seperti IKEA, diskaun tiket zoo negara 10 peratus dan banyak lagi

3. Dacsee

Aplikasi ini agak unik kerana ia menawarkan ride hailing dengan seseorang yang anda kenali. Anda juga boleh pilih pemandu biasa namun opsyen pilihan pemandu dari kawan dan keluarga agak istimewa.

Pertama, pengguna hendaklah menjemput kenalan mereka menyertai komuniti Dacsee dan mendaftarnya secara dalam talian. Kemudian, ia akan jadi proses biasa ride hailing yang lazim.

4. MyCar Passenger

Ini juga salah satu aplikasi pilihan jika anda inginkan pengalaman ride hailing berbeza dan senarai yang kami beri di atas.

Mereka baru memulakan operasi pada tahun lalu dan khabarnya antara penyedia perkhidmatan yang cekap.

5. JomRides

Lagi pilihan buat pengguna perkhidmatan ride hailing. JomRides menawarkan pilihan kereta kompak, sedan atau MPV dan turut memberi opsyen pra-tempahan.

Salah satu ciri unik JomRides ialah SOS Panic Button yang boleh digunakan sekiranya pengguna dalam kecemasan.

KREDIT: THESTAR

Google ads
Back to top button