Buletin

TAS 2019: KOLEKSI RALI DAN DRIFT SEMPENA RALLY JAPAN 2020

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Hari ini adalah hari pembukaan bagi acara pameran tahunan aftermarket terbesar di dunia, Tokyo Auto Salon 2019. Disebabkan tahun ini, pusat medai diletakkan di dewan paling hujung, kami siarkan yang ini dulu. Koleksi pameran Drift dan rali dari Jepun.

Acara sukan rali dunia akan kembali ke Jepun tahun hadapan dan sebagai menyabutnya, penganjur Auto Salon mempamerkan kereta-kereta hebat Jepun yang pernah mewarnai dunia rali antarabangsa.

Jika kereta-kereta seperti Subaru 22B, Evo Makkinen tak cukup menawan hati anda, ada juga cebisan rali klasik yang tak pernah kami tahu pun. Misalnya Toyopet yang ini…

Ini adalah model Toyopen Crown Model RSD yang pernah berluma di Rali Australia. pada era 90-an. Ia memenangi kejuaraan pada tahun 1957 dan 1958.

RSD dikuasakan enjin Overhead Valve 1453cc dan sepanjang hayatnya, ia menghabiskan perjalanan perlumbaan lebih 7,000 kilometer!

DRIFT

Sukan perlumbaan drift, walaupun di negara lain sudah malap, di Jepun lain pula ceritanya. Drift masih lagi satu budaya besar dan pengaruhnya terhadap sukan permotoran itu sendiri sangat konsisten.

Untuk pameran kereta drift pula, kejuaraan musim 2019 akan bermula dua bulan lagi dan di sini dipamerkan kereta-kereta juara yang pernah berlumba tahun lepas.

Dan ini antara yang menarik perhatian kami. Bukan kerana kereta, tetapi kerana penaja utamanya ialah sebuah syarikat tayar. Dan bukan syarikat tayar Jepun atau Eropah.

Ia syarikat Ling Long brader!

Tengok macamana syarikat China inginkan pendedahan. Mereka nak jenama mereka dikenali di Jepun.

Dan sesetengah syarikat Malaysia yang banyak duit masih lagi menyimpan duit mereka setiap tahun. Nak belanja menaja atau promosi pun dia punya mintak harga rasa macama nak menangis kita dengar.

OK. itu dulu. Kami pun nak pusing dewan lagi ada 8 dewan belum dijelajah.

Anda boleh tengok foto-foto lain di bawah dan kami akan terus laporkan dari masa ke semasa. Jangan lupa like facebook mekanika untuk terus dapatkan infoi terkini.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button
Close