Buletin

APA NASIB PENUMPANG JEEP WRANGLER NI?

Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang apabila Jeep Wrangler dinaiki terjatuh dari Black Bear Pass di Telluride, Colorado.

Rakaman kejadian yang berlaku pada 10 Oktober lalu dirakam oleh kenderaan lain melalui laluan cukup berbahaya terbabit.

Dalam rakaman video berkenaan, kelihatan sebuah Jeep Wrangler berwarna merah sedang berpusing-pusing menuruni kawasan gunung.

Menurut laporan Telluride News, pemandu lelaki Jeep Wrangler berusia 22 tahun itu meletak kenderaan sebelum memberi bantuan kepada pemandu lain melalui laluan sukar.

Begitupun, jentera berkenaan mengalami kegagalan brek dan gear.

Ketika meluncur kearah tepi laluan, pemandu cuba menaiki kenderaan semula tetapi tidak berjaya.

Jeep Wrangler berkenaan terjatuh bersama penumpang berusia 23 tahun dan dua anak anjing di dalam kenderaan.

Difahamkan, kenderaan terbabit berpusing sebanyak enam kali sebelum ia terhenti di laluan bawah tempat kejadian.

Wanita itu tercampak keluar dari kenderaan ketika berpusing pada kali kedua.

Pihak berkuasa tempatan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan bahawa terdapat Wrangler terjatuh dari gunung.

Paramedik membawa wanita yang cedera ke Pusat Perubatan Telluride sebelum diterbangkan ke Hospital St. Mary manakala pemandu lelaki mengalami cedera ringan.

Kedua anak anjing pula ditemui dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, TheDrive berkata laman GoFundMe turut dilancarkan untuk mengumpul wang bil perubatan wanita yang mengalami cedera teruk. – carscoops

Google ads
Back to top button