Buletin

TAYAR TRAK BFGOODRICH ROUTE CONTROL & BFGOODRICH CROSS CONTROL

Selepas memperkenalkan rangkaian tayar untuk kegunaan kenderaan 4×4 di pasaran tempatan pada awal tahun ini, BFGoodrich dilihat terus cuba mengukuhkan jenamanya.

BFGoodrich-Route-Control-BFGoodrich-Cross -Control-mekanika  (4)

Kini, ia melancarkan pula BFGoodrich Route Control dan BFGoodrich Cross Control. Tayar tersebut direka khas untuk para pemilik trak dan pengendali pengangkutan yang mahukan tayar yang boleh dipercayai serta menjimatkan kos.

Tayar BFGoodrich Route Control dibangunkan untuk kegunaan di atas jalan raya biasa dan lebuh raya. Ia dihasilkan bagi menangani masalah penggunaan bunga tayar yang tidak sekata. Selain menawarkan cengkaman yang mantap di atas jalan basah.

BFGoodrich-Route-Control-BFGoodrich-Cross -Control-mekanika  (3)

Dengan rekaan alur bunga tayar berbentuk V, ia berfungsi mengalihkan air dan menawarkan cengkaman lebih baik. Bunga tayar bentuk V itu juga dapat mengurangkan risiko batu daripada terperangkap. Sekali gus memaksimumkan jangka hayat bingkai tayar.

BFGoodrich Cross Control pula direka untuk kegunaan di jalan raya dan off-road. Ia mampu menahan lekuk, calar dan toresan. Cross Control memberi cengkaman mantap di atas permukaan jalan berbatu, lumpur dan aspal. Selain mampu mengharungi jalan berbonggol dan hentakan tanpa sebarang masalah.

BFGoodrich-Route-Control-BFGoodrich-Cross -Control-mekanika  (7)

Pelancaran dua produk ini menandakan penyertaan BFGoodrich dalam pasaran trak dan bas di Malaysia buat pertama kalinya.

“Kehadiran BFGoodrich memberi peluang untuk kami membina jenama yang lebih kukuh dalam kalangan pemilik trak dan pengusaha pengangkutan. Jadi, mereka kini boleh memanfaatkan ciri unik dua rangkaian tayar trak yang ditawarkan,” kata Pengarah Komersial, BFGoodrich Trak dan Bas, Alexis Richard.

BFGoodrich-Route-Control-BFGoodrich-Cross -Control-mekanika  (5)

Dikilangkan di Thailand, tayar BFGoodrich menawarkan pilihan produk yang luas kepada pelanggan. BFGoodrich Route Control boleh didapati dalam saiz 295/80R22.5, 11R22.5 dan 7.00R16.

Manakala BFGoodrich Cross Control hanya ditawarkan dalam satu saiz sahaja iaitu 7.50R16. Harga jualan yang disyorkan untuk tayar-tayar berkenaan bermula RM409 sehingga RM983 seunit.

Google ads
Back to top button